Saya takde idea nak menulis sebenarnya. Asyik dengan kerja duniawi ni sampai sisi kreativiti saya di pinggirkan.
Orang macam saya ini menulis bila ada gelodak perasaan, jika tidak saya seperti hilang jiwa penulis. Selalunya kalau saya gembira atau bahagia memang saya jarang menulis. Sebab apa? Sebab perasaan saya dalam kapasiti selesa. Tiada emosi terdera yang boleh memacu keinginan menulis.
Dalam situasi begini, saya tak boleh duduk diam sahaja. Menulis ini sesuatu yang perlu selalu kita buat. Kalau tak dia akan
sort of berkarat la.
Sebelum menulis, saya kena timbulkan mood nak menulis dulu. Kebiasaannya kalau nak dapat feel tu saya akan dengar lagu2 tertentu yang boleh membangkitkan rasa sakit kecewa ditimpa perasaan. Kemudian saya akan cuba tulis satu dua ayat dan lepas tu idea akan mencurah-curah.
Antara lagu-lagu yang saya gunakan untuk jadi umpan idea datang adalah seperti berikut:
1. Untuk sekali lagi - Suliza Salam
2. Gelora cintaku - Jamilul Hayat
3. Beberapa lagu lain yang saya tak ingat
Memang saya pilih semua lagu-lagu lama kerana lagu-lagu ini ada nilai penulisan yang baik dan berjaya menyampaikan mesej kekecewaan dengan berkesan.
Saya tidak fokus pada satu topik sahaja dalam menulis, tapi saya sangat suka menulis bab-bab hati dan perasaan. Saya rasa itu adalah modal menulis yang paling dekat dengan semua orang.
Untuk tahun 2015 ini harapan saya agar saya boleh menambahkan karya saya. Semuanya saya akan kongsikan disini. Tak taulah sama ada blog ni ada orang baca atau tidak. Tapi kepada yang membaca, boleh saja komen sesuatu. At least kalau kita tak boleh bertentang mata, saya ingin cuba menyentuh hati awak dengan kata-kata.