Setiap tahun memang aku menanti2 waktu Ramadhan. Masa kecik dulu sebab nak main mercun. Sekarang ni lebih kepada pengisian. Mudah2an tahun ni Allah bagi peluang aku iktikaf di masjid UIA seperti tahun yang sudah2. Rindunya.
Sejak kebelakangan ni aku selalu rasa rindu tapi tak tahu pada siapa. Perasaan rindu yang sayu dan buat aku rasa sedih. Aku cuba lupakan dengan baca Quran dan sibukkan diri dengan kerja2 lain. Pernah aku kongsikan dengan kawan dan responnya sangat mengecewakan lantas aku memilih untuk tak khabarkan pada sesiapa lagi.
Kawan aku kata rindu aku itu pada bakal suami. Aku pun tanya bakal suami siapa? Bakal suami kau lah. Jawabnya. Aik... Siapa pulak tu? Tanya aku lagi. Dia kata seseorang yang turut sama merindui aku makanya kani dalam kondisi saling merindu. Mahu sahaja aku muntah tatkala mendengarkan responnya itu. Sangat tak logik malah penuh dengan cerita dongeng.
Bukannya aku tak percaya dengan cinta. Cumanya cerita dongeng dalam percintaan ini hanya sesuai sekiranya aku berumur belasan tahun atau awal 20an. Tambah pulak zaman sekarang ni lagilah sukar untuk dipercayai. Lalu aku menolak teori rindu 2 hala yang dicadangkan oleh sahabat aku itu.
Sudahnya aku hanya berdoa. Allah taala sebaik2 tempat kita bermohon dan bergantung harap.
Ramadhan Kareem.

Cemana dengan orang yang rindunya hanya pada ayam goreng?
BalasPadam