Ahad, 12 April 2015

Janji-janji tisu

Manusia ini memang manis mulut berjanji. Hari tu kata nak menulis selalu la... apa la. Nipis sangat janji-janji tu, senang koyak. Bulan Mac memang aku tak menulis lansung. Asyik update status kat FB je.

Bulan ni baru rasa rajin sikit nak tulis apa-apa... yang sebenarnya takda apa-apa pun.

Orang asyik duk suruh aku tulis blog. Mereka tak tahu aku memang dah ada blog sejak tahun 2010 lagi. Biasalah... Aku bukan popular pun so memang takde follower pun blog aku ni. Tulis untuk diri sendiri sahaja. Bila baca semula ayat2 aku di awal2 penubuhan blog ini rasa kelakar pula. Masa tu muda kan. Ayat pun tersekat2 bajet2 muslimah. Eh... memang aku muslimah pun. Tapi bila dah tua, cara penulisan memang ada perubahan. Mungkin sebab kematangan atau sebab... i-just-don't-care-attitude makin menebal.

Aku rasa nak menulis sesuatu. Tapi fikiran aku menghalangnya.

Haih.

Pada waktu ini aku sedang duduk di ruang tamu. Aku boleh dengar jelas dengkuran mak dan atok (atau tok wan) bersahut-sahutan dari sini. Bunyi katak kong kong yang gembira menyambut hujan renyai-renyai juga jelas kedengaran. Boleh dikatakan malam aku ini sangat meriah.

Tolonglah fikiran,  benarkan aku menulis. Aku ingin sangat mencoretkan sesuatu tapi ditahan-tahan pula. 

1 ulasan:

  1. Eh Ada follower la. Cuma follower x sihat. Menghitung hari menunggu mati..sorry

    BalasPadam