Isnin, 19 Januari 2015

Cinta ini selamanya untuk kamu

Aku pergi hospital. Jumpa seorang makcik yang menunggu suaminya yang sakit. Dia bercerita, kisah dia dan suaminya. Aku sangat terkesan, bukan sahaja pada ceritanya tapi perasaan cintanya.

Sungguh... Hati aku bergetar kerana cinta mereka. Aku cuba menenangkan makcik itu. Aku khabarkan padanya, dunia ini sementara dan akhirat itu kekal abadi. Kalau dunia ini kekal, tidak adil pada pakcik yang menderita sakit. Namun Allah itu maha adil. Berbahagialah makcik dan pakcik di akhirat nanti. Dia senyum sedikit. Aku menangis dalam hati.

Cinta ini adakalanya sangat kejam. Kau terpenjara dalam perasaan yang memenjarakan kau. Kata-kata seolah2 tiada nilai bila hati jadi taruhan.

Tulisan aku malam ini khas buat pakcik dan makcik. Semoga cinta kalian mekar hingga ke syurga.

Usia kita bukan anak-anak lagi. Meskipun kali pertama kita bertemu aku dan kau masih anak-anak lagi. Aku masih dapat lihat kau dengan tudung biru dan kurung kelabu, gelang besi di tangan kiri dan rantai panjang yang selalu kau sentuh saat kau gementar. Aduhai cinta maafkan aku kerana biarkan kau menderita. Meskipun hatiku hancur dimamah sel-sel celaka ini, jiwa ku hidup kerana harapanmu. Sayangku, cinta kita ini merentasi batasan waktu. Setiap kesakitan yang aku rasai ini tidak terbanding dengan derita yang kau harungi. takdir menentukan bahawa inilah jalan yang perlu kita tempuh. Setiap senyuman, setiap renungan mata akan aku genggam erat2 dalam kenangan. Walaupun hakikat dunia ini bukan selamanya. Tapi kaulah cinta hatiku buat selama-lamanya.

Okay. Aku nak pergi menangis kejap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan