Isnin, 5 Oktober 2015

Nukilan September di bulan Oktober

Alhamdulillah... jadi orang perempuan ni, antara kelebihan dan cabarannya ialah mood swing setiap bulan. 

Ditakdirkan hari ini aku mood berayun sedikit maka sesuailah aku merapu di blog ini. 

Bulan September tak sempat nak menulis kerana sibuk dengan tanggungjawab. Walaupun aku ni solo tapi aku tidaklah kerjanya hanya baring2 di katil termenung sambil pintal2 rambut. Ya Allah... Jauh sekali dapat berangan2 sambil dengar lagu jiwang2 macam gadis2 selalu buat. 

Aku ini terkejar kesana kemari buat itu ini, meskipun begitu aku cuba untuk tidak merungut sebab memang ini yang aku mohon pada Allah. Sebenarnya aku sering berdoa agar Allah beri peluang untuk aku manfaatkan setiap saat hidup aku ini, jangan sekali2 aku dibiarkan membuang masa dengan perkara sia2 dan tidak bermanfaat. Asal ceritanya begini...

Memandangkan aku bukanlah muda sangat maka ramailah yang ambil berat akan status aku. Selalunya aku okay je melayan soalan2 ni sebab bagi aku memang fitrah manusia suka ambil berat. Aku pun suka jugak tanya benda2 yang nampak asing di mata aku. Sehinggalah pada suatu hari, beberapa tahun lepas. Seorang makcik ni berkata2.

Untunglah awak Nour, jadi bujang ni tak banyak tanggungjawab. Kerja pun takat sara diri sendiri. Lepas tu balik kerja boleh relax2 tak payah layan suami dan anak2.

Aku tau makcik itu berniat baik, aku pun tidaklah berkecil hati dengan dia kerana dia cuba untuk melihat sisi positif kehidupan single aku ni pada kaca mata dia. Tapi aku tidak boleh terima anggapan dia tentang orang yang single itu tidak punya tanggungjawab. 

Sejak hari itu aku berdoa dan berusaha agar setiap hari aku di isi dengan aktiviti yang berfaedah. Oleh yang demikian, disaat ini meskipun aku rasa penat tetapi aku bersyukur kerana aku tidak pernah rasa "takde kerja nak buat". 

Aku percaya kita hidup di dunia ini ada misi dan visi. Allah tak letak kita di dunia ini tanpa sebab, walaupun kita belum berkahwin dan berkeluarga. Kita semua khalifah, tidak kira tua muda, kecik besar, ada suami dan tiada suami. Masakan seorang khalifah itu hidupnya hanya bersenang lenang goyang kaki.

Kau khalifah, ayuh bangkit!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan