Bulan ni belum tulis apa-apa lagi.
Sangat sibuk dengan hal-hal dunia yang belum tentu boleh buat bekal bila mati. Mengenangkan betapa aku berusaha bekerja seharian demi tanggungjawab aku di dunia ini buat aku rasa mual kadang-kadang.
Alhamdulillah syukur atas apa yang Allah beri pada kita.
Ye aku rasa nak marah dengan kesesakkan ini. Tapi apa perlunya sekadar memuaskan nafsu amarah saki baki usia ni.
Tarik nafas dan bertenang...
Cerita tentang kehidupan, cerita tentang kematian dan perjalanan diantara keduanya.
Sabtu, 19 Oktober 2013
Rabu, 18 September 2013
Kasih sayang dan belas kasihan
Pernah satu ketika tidak lama dulu saya menonton sebuah drama Melayu, seorang watak lelaki dalam drama tersebut menuturkan dialog yang bermaksud lebih kurang begini:
"Sebenarnya baru aku sedar, aku tidak menyayangi kau tetapi aku mengasihani kau"
Maka watak wanita yang menjadi isteri watak lelaki tersebut pun menangis semahu2nya kerana menurut firasatnya si suami tidak mencintainya dalam skala sebuah percintaan sebenar.
"Antara kasih dan kasihan..."
"Antara kasih dan kasihan..."
Pada waktu itu saya menonton drama melayu tersebut dengan perasaan mendatar tanpa berfikir apa2. Namun kata2 lelaki tersebut dan reaksi isterinya saya simpan dalam ingatan.
Cerita tersebut berakhir dengan cara yang bagaimana juga saya tidak ingat.
Berapa tahun berlalu...
Suatu hari saya terbaca ayat 21 dari Surah Ar Ruum yang bermaksud:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Melihat sahaja ayat itu fikiran saya terus tergambar babak suami isteri yang saya tonton dalam drama melayu beberapa tahun sebelumnya.
Macam2 yang bermain di fikiran saya, antaranya:
1. Allah sebut dalam ayat tu tentang perasaan kasih sayang dan belas antara suami isteri, tetapi watak isteri menangis kerana suaminya hanya belas kasihan dan kononya tiada kasih sayang.
2. Adakah si isteri akan gembira sekiranya si suami hanya sayang tanpa belas kasihan?
Persoalan demi persoalan buat saya berfikir.
Adakalanya kita menjangka2 perasaan kita itu benar namun Allah Maha mengetahui. Kita rasakan dengan hanya kasih sayang itu sudah cukup, kita sudah bahagia sampai rasa terawang2an. Rupanya kita silap. Perasaan kasih sayang dan belas kasihan itu perlu ada.
Malunya bila jadi manusia yang fikir sudah bercukupan serba serbi lalu rasa tidak perlu ubah apa2 untuk jadi lebih baik.
Khamis, 12 September 2013
Keganasan Domestik Part 1
Isteri, ibu, anak perempuan, adik perempuan, cucu perempuan, makcik.
Mereka semua termasuk dalam kategori wanita. Hakikat wanita ini walau nampak kuat dan boleh tahan sakit bersalin sekali pun mereka tetap lemah berbanding lelaki dari segi fizikal.
Namun begitu, ada lelaki-lelaki di luar sana yang suka beradu kekuatan dengan wanita. Contohnya ialah apa yang berlaku dalam keganasan rumah tangga.
Perlu diingatkan berkali2 agar setiap individu, baik lelaki atau pun perempuan untuk menyemaikan sifat hormat DIRI SENDIRI.
Ini penting kerana situasi penderaan boleh dielakkan sekiranya wujud rasa hormat dan kasih pada diri sendiri.
Keganasan tidak terhad pada fizikal tapi mental juga. Namun untuk tulisan kali ini ayuh kita fokus pada keganasan yang bersifat fizikal.
Apakah contoh keganasan domestik?
Suami pukul isteri sehingga mendatangkan kecederaan.
Apa yang isteri perlu buat?
1. Dapatkan bantuan orang ramai/jiran terdekat/keluarga. Jika ada anak, letakkan anak di tempat yang selamat.
2. Pergi hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan. Beritahu doktor untuk dapatkan laporan perubatan bagi tujuan laporan polis.
3. Selepas itu, pergi ke balai polis untuk buat laporan. Sejak tahun2 kebelakangan ini polis lebih bersifat prihatin terhadap kes2 pukul isteri. Olih itu usah khuatir sama ada polis ambil berat akan kes2 sebegini atau tidak.
4. Untuk tindakan seterusnya, si isteri perlu buat keputusan dan tau hala tuju. Adakah isteri ingin bercerai atau bagi peluang pada suami. Walaupun saya mengharapkan agar tiada antara wanita2 ini hidup dalam situasi penderaan namun tidak dapat tidak saya perlu mengambil kira situasi2 tertentu termasuklah situasi isteri memaafkan suami dan akhirnya di pukul berkali2.
Empat langkah diatas adalah perkara2 asas yang perlu dilakukan oleh seorang isteri yg telah dipukul oleh suami sehingga mendatangkan kecederaan.
Bersambung...

Khamis, 29 Ogos 2013
Komentar basi usai kematian budak 5 tahun yang didera
Baca tak akhbar Berita Harian hari ini.
Berita Harian
Saya marah pada ibunya, marah juga pada ayahnya. Saya juga marah pada sanak saudaranya. Namun saya lagi marah pada jiran-jiran. Masakan mereka tidak dengar barang sedikit pun bunyi tangisan kesakitan kanak-kanak itu? Tiada bunyi jeritan minta tolong? Lansung tiada siapa pun yang mengetahui kanak-kanak tersebut di dera hinggalah ke saat-saat terakhir ini?
Masyarakat apakah yang sedang kita jayakan ini? Masyarakat yang tidak peduli? Masyarakat yang tidak ambil berat?
Saya khuatir akan ada peristiwa sama berulang. Sedih sungguh bila mana tragedi ini hingga mengorbankan nyawa kanak-kanak kecil.

Rabu, 28 Ogos 2013
Blog tempat bermain kata-kata
Aku mula menulis blog sejak tahun 2010. Aku inginkan kebebasan dalam menulis, atas keinginan itu maka lahirlah blog ini.
Aku inginkan satu wadah yang mana aku bebas menulis apa saja di fikiran ku tanpa kekangan atau perasaan diskriminasi pada diri sendiri. Ya, aku sering memprejudiskan diriku dengan sifat diskriminasi pada pendapat diri sendiri.
Mari aku datangkan contohnya:
Suatu petang di sebuah Masjid.
"Kenapa kalau orang yang berperawakan wara' dan alim ni adakalanya nampak selekeh? Dengan janggut tak diurus rapi, baju jubah seluar yang 'over-sized' dan muka bengis tak senyum?
Kemudian fikiran ku mula mendiskriminasikan pendapat asal ku.
"Ish... Nour, kamu ini cepat benar menilai, mereka itu orang berilmu. Mereka zuhud, mereka kurang wahn dalam hati mereka".
Nah itulah yang aku maksudkan dengan diskriminasi.
Memang jelas benar dalam hati ku namun aku tidak terdaya menyuarakannya. Aku ingin sangat sampaikan pada mereka bahawa Islam juga sukakan kekemasan dan kecantikan. Islam galakkan kita bersederhana dan bukan berperawakkan selekeh dan tak terurus. Tidak mengapa baju murah asalkan bersih dan kemas.
Setiap kali menghadiri kuliyyah atau menonton ceramah dari ustaz yang punya berat badan yang berlebihan, aku jadi tidak selesa dan hilang tumpuan. Aku terfikir, mereka ini mengajar kita tentang Islam dan keindahannya namun dari satu segi mereka tidak meneladani Islam itu. Berat badan berlebihan menunjukkan kita tidak menjaga kesihatan tubuh badan sedangkan menjaga diri itu adalah salah satu dari maqasid syariah.
Maka harus bagaimana?
Sejujurnya andai aku suarakan pendapat ini di khalayak umum maka ada kemungkinan aku akan mendiskriminasikan pendapatku sendiri.

Khamis, 25 Julai 2013
Kenapa lelaki Melayu rasa diri hebat?
Mak-mak kepada lelaki melayu (tak semua) suka guna dialog sebegini bila bicara perihal jodoh anak2 lelaki mereka:
1. "Mak harap ada la orang jaga makan pakai ko nak, bila dah kahwin nanti terurus lah hidup ko".
2. "Boy, ko kena lah cari isteri solehah, supaya ko boleh berubah. Ni asyik bertukar-tukar teman wanita, balik lewat malam pergi merayau".
3. "Bang, anak kita ni kena cari Isteri yang taat dan dengar kata. Senang kita nanti Bang"
Pelik.
Tidak dinafikan wanita sepertimana lelaki, diciptakan dengan akal dan kebijaksanaan. Namun begitu, dari segi kudrat dan kemampuan fizikal, asal kejadian wanita adalah makhluk yang lemah berbanding lelaki. Walau bagaimanapun, dalam membincangkan soal rumahtangga keluarga si lelaki lebih cenderung mengharapkan isteri jadi pemboleh ubah si suami. dalam ertikata lainnya, isteri merubah sifat buruk si suami.
Benar, kita disarankan cari pasangan yang baik. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Perkahwinan memerlukan persediaan mental dan fizikal. Setiap pasangan perlu bersedia memikul tanggungjawab dan persediaan itu perlu dengan ilmu. Perkahwinan itu merupakan sebuah lautan yang dalam, mustahil kita mampu merenanginya tanpa ilmu dan persediaan.
Bukan mudah untuk kita berubah dalam tempoh yang singkat sebelum berkahwin. Lagi seminggu nak kahwin baru kita nak berjinak2 solat 5 waktu dan berhenti berbuat maksiat. Tidak mustahil tapi sangat susah.
Jangan ambil mudah akan persediaan sebelum berkahwin. Terutama buat bakal suami, kalian adalah imam dan seharusnya imam perlu kekuatan dan ilmu dalam membimbing makmum. Ini bukan cerita seronok2. Ini cerita kehidupan.
Usah bicara tentang hak2 suami keatas isteri. Buka dulu hal tanggunjawab kerana itu juga bakal disoal dihadapan Allah nanti. Usah kisahkan keuntungan di dunia sedangkan diakhirat nanti kita mengemis. Lupakanlah kepentingan menjaga makan pakai, ketaatan mutlak si isteri dan perubahan kerana tiket perkahwinan. Itu semua tiada erti sekiranya untuk kepentingan duniawi semata2.
Aduhai manusia... Kehidupan di dunia ini hanyalah senda gurau belaka.
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?"
(Surah
Al-An'Am: 32)
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."
(Surah Al-Ankabut: 64)
"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu."
(Surah
Muhammad: 36)
Sabtu, 8 Jun 2013
Apa maksud Rajuna?
Sang Rajuna Hati
PERGI SUDAH CINTA HATI
ENTAHKAN BILA KEMBALI
TINGGALLAH HIDUP KU SUNYI
SEUMPAMA RUMAH TAK BERISI
HILANG SERI MAYA INI
DEK HIDUP DI RUNDUNG SEPI
TOLONGLAH ILAHI RABBI, AGAR LEPAS DARI SIKSA INI
KALAU TURUT SERUAN HATI
LAUT NAN LUAS KU RENANGI
AGAR DAPAT AKU BERTEMU SANG RAJUNA HATI
POHON-POHON TINGGI MENJULANG
LAMBAI OH LAMBAI KAN DAUN MU
PANGGIL PULANG KEKASIHKU SANG RAJUNA HATI

Lagu nyanyian Allahyarhamah Normadiah ini sangat klasik (tahun 1955). Suaranya mengangkat lagu ini ketahap malar segar. Lagu ini bersifat lara hati dan allahyarhamah berjaya menyanyikannya dengan cemerlang sehingga aku terkesan dengan kesedihan yang cuba di sampaikan.
Ada sesuatu tentang lagu-lagu lama yang menarik hati aku. Boleh jadi liriknya, boleh jadi melodinya. Namun yang pasti, penulis liriknya bukan calang-calang orang. Mereka adalah pemuisi, jika bukan, mereka adalah seorang yang mahir dalam bahasa.
Aku memahami mesej yang cuba di sampaikan penulis. Aku mengerti kesunyian yang digambarkan melalui nyanyian si penyanyi. Kesan ketara yang berjaya di wujudkan oleh lagu ini membuatkan aku terfikir nilai lagu2 sekarang.
Mendatar...
Selasa, 28 Mei 2013
Nasi lemak ku
Sering aku terbayangkan kamu. Matamu, tutur katamu, senyummu, semua untuk aku.
Kerap juga, hampir setiap hari.
Aku mengingatimu juga, sama seperti aku merindui nasi lemak sambal kerang, sambal paru dan telur goreng.
Kerap juga, hampir setiap hari.
Aku mengingatimu juga, sama seperti aku merindui nasi lemak sambal kerang, sambal paru dan telur goreng.
Selasa, 12 Februari 2013
Jalan lurus
Saya dah buat keputusan. Ini hidup saya, maka saya yang akan tentukan jalannya. Allah dan Rasul dan bagi petunjuk dan contoh tauladan. Kita ikut sahaja. Jangan khuatir, tidak akan apa2. Saya akan lalui hidup ini dgn berani.
Ahad, 20 Januari 2013
Tahun ini 2013
Merujuk kepada cerita dulu-dulu. Andai orang bercerita tentang tahun 2013. Perkara pertama yang di fikirkan ialah kereta terbang. Entah apa yang hebat tentang kereta terbang. Boleh jadi kereta terbang itu jadi bukti manusia sudah tersangat maju.
Bagi saya, tahun 2013 ini sangat pantas. Serasa hari demi hari usia makin lanjut. Emosi jua berubah. Dalam seminggu pasti rasa sedih utk tiga hari (tidak mengikut turutan). Uban juga makin banyak. Apa lagi ya? Oh ya. Tahun 2013 ini banyak sekali golongan Ruwaybidhah. Abby Abady adalah ketua muslimat Ruwaybidhah yg paling berpengaruh.
Semoga Allah selamatkan kami dari kezaliman dan kejahilan manusia yg memperolokkan agamaMu Ya Allah.
Pelik sekali ya, Rasullulah kekasih Allah itu juga istighfar berkali2 sehari. Pcakapannya juga sopan dan tidak menyakitkan hati. Tapi ajaibnya tahun 2013 ini, ramai manusia sangat yakin akan pegangan masing2 hinggakan sanggup berbicara dgn nada bongkak akan keyakinan atas paksi yg di lalui. Tidakkah mereka tahu bahawa Allah membolak balik kan hati? Selagi nyawa di kandung badan selagi itulah Iblis tidak akan berhenti menyesatkan manusia. Maka berhati2lah dgn tipu daya Iblis.
Langgan:
Ulasan (Atom)