Khamis, 25 Julai 2013

Kenapa lelaki Melayu rasa diri hebat?


Mak-mak kepada lelaki melayu (tak semua) suka guna dialog sebegini bila bicara perihal jodoh anak2 lelaki mereka:

1. "Mak harap ada la orang jaga makan pakai ko nak, bila dah kahwin nanti terurus lah hidup ko".
2. "Boy, ko kena lah cari isteri solehah, supaya ko boleh berubah. Ni asyik bertukar-tukar teman wanita, balik lewat malam pergi merayau".
3. "Bang, anak kita ni kena cari Isteri yang taat dan dengar kata. Senang kita nanti Bang"

Pelik.

Tidak dinafikan wanita sepertimana lelaki, diciptakan dengan akal dan kebijaksanaan. Namun begitu, dari segi kudrat dan kemampuan fizikal, asal kejadian wanita adalah makhluk yang lemah berbanding lelaki. Walau bagaimanapun, dalam membincangkan soal rumahtangga keluarga si lelaki lebih cenderung mengharapkan isteri jadi pemboleh ubah si suami. dalam ertikata lainnya, isteri merubah sifat buruk si suami.

Benar, kita disarankan cari pasangan yang baik. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Perkahwinan memerlukan persediaan mental dan fizikal. Setiap pasangan perlu bersedia memikul tanggungjawab dan persediaan itu perlu dengan ilmu. Perkahwinan itu merupakan sebuah lautan yang dalam, mustahil kita mampu merenanginya tanpa ilmu dan persediaan.

Bukan mudah untuk kita berubah dalam tempoh yang singkat sebelum berkahwin. Lagi seminggu nak kahwin baru kita nak berjinak2 solat 5 waktu dan berhenti berbuat maksiat. Tidak mustahil tapi sangat susah. 

Jangan ambil mudah akan persediaan sebelum berkahwin. Terutama buat bakal suami, kalian adalah imam dan seharusnya imam perlu  kekuatan dan ilmu dalam membimbing makmum. Ini bukan cerita seronok2. Ini cerita kehidupan. 

Usah bicara tentang hak2 suami keatas isteri. Buka dulu hal tanggunjawab kerana itu juga bakal disoal dihadapan Allah nanti. Usah kisahkan keuntungan di dunia sedangkan diakhirat nanti kita mengemis. Lupakanlah kepentingan menjaga makan pakai, ketaatan mutlak si isteri dan perubahan kerana tiket perkahwinan. Itu semua tiada erti sekiranya untuk kepentingan duniawi semata2.

Aduhai manusia... Kehidupan di dunia ini hanyalah senda gurau belaka.

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" 
(Surah Al-An'Am: 32)

"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui."
 (Surah Al-Ankabut: 64)

"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." 
(Surah Muhammad: 36)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan