Isteri, ibu, anak perempuan, adik perempuan, cucu perempuan, makcik.
Mereka semua termasuk dalam kategori wanita. Hakikat wanita ini walau nampak kuat dan boleh tahan sakit bersalin sekali pun mereka tetap lemah berbanding lelaki dari segi fizikal.
Namun begitu, ada lelaki-lelaki di luar sana yang suka beradu kekuatan dengan wanita. Contohnya ialah apa yang berlaku dalam keganasan rumah tangga.
Perlu diingatkan berkali2 agar setiap individu, baik lelaki atau pun perempuan untuk menyemaikan sifat hormat DIRI SENDIRI.
Ini penting kerana situasi penderaan boleh dielakkan sekiranya wujud rasa hormat dan kasih pada diri sendiri.
Keganasan tidak terhad pada fizikal tapi mental juga. Namun untuk
tulisan kali ini ayuh kita fokus pada keganasan yang bersifat fizikal.
Apakah contoh keganasan domestik?
Suami pukul isteri sehingga mendatangkan kecederaan.
Apa yang isteri perlu buat?
1. Dapatkan bantuan orang ramai/jiran terdekat/keluarga. Jika ada anak, letakkan anak di tempat yang selamat.
2. Pergi hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan. Beritahu doktor untuk dapatkan laporan perubatan bagi tujuan laporan polis.
3. Selepas itu, pergi ke balai polis untuk buat laporan. Sejak tahun2 kebelakangan ini polis lebih bersifat prihatin terhadap kes2 pukul isteri. Olih itu usah khuatir sama ada polis ambil berat akan kes2 sebegini atau tidak.
4. Untuk tindakan seterusnya, si isteri perlu buat keputusan dan tau hala tuju. Adakah isteri ingin bercerai atau bagi peluang pada suami. Walaupun saya mengharapkan agar tiada antara wanita2 ini hidup dalam situasi penderaan namun tidak dapat tidak saya perlu mengambil kira situasi2 tertentu termasuklah situasi isteri memaafkan suami dan akhirnya di pukul berkali2.
Empat langkah diatas adalah perkara2 asas yang perlu dilakukan oleh seorang isteri yg telah dipukul oleh suami sehingga mendatangkan kecederaan.
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan