Khamis, 29 Ogos 2013

Komentar basi usai kematian budak 5 tahun yang didera

Baca tak akhbar Berita Harian hari ini.

Berita Harian

Saya marah pada ibunya, marah juga pada ayahnya. Saya juga marah pada sanak saudaranya. Namun saya lagi marah pada jiran-jiran. Masakan mereka tidak dengar barang sedikit pun bunyi tangisan kesakitan kanak-kanak itu? Tiada bunyi jeritan minta tolong? Lansung tiada siapa pun yang mengetahui kanak-kanak tersebut di dera hinggalah ke saat-saat terakhir ini?

Masyarakat apakah yang sedang kita jayakan ini? Masyarakat yang tidak peduli? Masyarakat yang tidak ambil berat?

Saya khuatir akan ada peristiwa sama berulang. Sedih sungguh bila mana tragedi ini hingga mengorbankan nyawa kanak-kanak kecil.

1 ulasan: