Aku mula menulis blog sejak tahun 2010. Aku inginkan kebebasan dalam menulis, atas keinginan itu maka lahirlah blog ini.
Aku inginkan satu wadah yang mana aku bebas menulis apa saja di fikiran ku tanpa kekangan atau perasaan diskriminasi pada diri sendiri. Ya, aku sering memprejudiskan diriku dengan sifat diskriminasi pada pendapat diri sendiri.
Mari aku datangkan contohnya:
Suatu petang di sebuah Masjid.
"Kenapa kalau orang yang berperawakan wara' dan alim ni adakalanya nampak selekeh? Dengan janggut tak diurus rapi, baju jubah seluar yang 'over-sized' dan muka bengis tak senyum?
Kemudian fikiran ku mula mendiskriminasikan pendapat asal ku.
"Ish... Nour, kamu ini cepat benar menilai, mereka itu orang berilmu. Mereka zuhud, mereka kurang wahn dalam hati mereka".
Nah itulah yang aku maksudkan dengan diskriminasi.
Memang jelas benar dalam hati ku namun aku tidak terdaya menyuarakannya. Aku ingin sangat sampaikan pada mereka bahawa Islam juga sukakan kekemasan dan kecantikan. Islam galakkan kita bersederhana dan bukan berperawakkan selekeh dan tak terurus. Tidak mengapa baju murah asalkan bersih dan kemas.
Setiap kali menghadiri kuliyyah atau menonton ceramah dari ustaz yang punya berat badan yang berlebihan, aku jadi tidak selesa dan hilang tumpuan. Aku terfikir, mereka ini mengajar kita tentang Islam dan keindahannya namun dari satu segi mereka tidak meneladani Islam itu. Berat badan berlebihan menunjukkan kita tidak menjaga kesihatan tubuh badan sedangkan menjaga diri itu adalah salah satu dari maqasid syariah.
Maka harus bagaimana?
Sejujurnya andai aku suarakan pendapat ini di khalayak umum maka ada kemungkinan aku akan mendiskriminasikan pendapatku sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan