Cerita tentang kehidupan, cerita tentang kematian dan perjalanan diantara keduanya.
Khamis, 22 Disember 2011
Rational
You are no longer yourself. You are loosing it. Please be strong and get a grip. Don't let yourself drifted away. Life is all about this world and hereafter. Please be compose and rational. Don't yield... Don't yield...
Jumaat, 25 November 2011
Tulisan dari hati
Suatu ketika dulu, lebih kurang 12 tahun yang lepas. saya amat aktif menulis sajak dan cerpen. Karya-karya Keris Mas merupakan pilihan saya buat rujukan. Sebelum menulis, saya cuba renung diri dalam-dalam agar setiap perkataan yang di tulis benar-benar jujur dan berkesan dihati tatkala membacanya. Hasilnya terciptalah beberapa cerpen yang saya rasakan amat jujur penceritaannya.
Bagi saya yang menulis untuk bacaan sendiri ini, bukan mudah untuk menulis kata-kata yang jujur dan senada dengan apa yang bergema di hati. Saya mencuba sungguh-sungguh agar maksud dari hati itu dapat di interpretasi ke layar kertas.
Tahun demi tahun, saya makin sibuk dan terikat dengan tugasan. Jarang ada masa menulis dan berlaku jujur dalam bekarya. Maka hati saya sudah lama tidak berkata2 seiring dengan jari menaip.Justeru, pada hari yang bersejarah ini saya ingin mencuba. Kali ini saya akan menulis dari hati, tiada tapisan... hanya kebenaran.
Memandangkan saya sudah lama tidak meneroka jauh untuk mendengar kata-kata hati maka perlu untuk saya membuat latihan penulisan dulu. Ayuh kita sediakan beberapa tajuk dan cuba sampaikan dengan sehabis jujur.
Tajuk 1: Sakit
Kesakitan di jari telunjuk tangan kiri saya ini sentiasa ada meskipun sakitnya datang dan pergi mengikut aktiviti yang dilakukan. Adakalanya kesakitan itu mencetus rasa lenguh hingga ke lengan...hmm... atau mungkin lenguh-lenguh ini merupakan bekas jarum yang dicucuk doktor. Tambah menyakitkan jika saya melihat kecederaan nya. Merah darah dan daging itu tambah buat kesakitan tertanam di fikiran.
Tajuk 2: Rindu
Jauh di lubuk hati rasa rindu itu keluar perlahan-lahan menberi perutusan agar fikiran mengingati dan sentiasa terkenang akan dia. Tatkala itu walau betapa upaya kita mencuba menghalau rindu itu namun dia tetap datang. Tenyata rindu ini merupakan satu penyiksaan yang mengasyikkan.
Itu saja...

Label:
Kerajaan hati,
Kreatif
Lokasi:
Cyberjaya, Selangor, Malaysia
Selasa, 22 November 2011
Rasa yang paling dalam
Hari demi hari aku makin hampir ke saat itu... Semoga Allah permudahkan urusanku. Apa jua ketetapanMU sesungguhnya aku redha.
Banyak yang telah berlaku sejak beberapa bulan ini. Segalanya di luar perancangan ku dan sedikit pun tidak aku sesali. Mana mungkin setiap yang berlaku itu sesuatu yang sia-sia. Maha suci Allah yang sempurna dari sifat-sifat makhluk.
Adakalanya sesuatu itu lebih baik dibiarkan tidak terucap... Sekali pun jelas terbias untuk difahami...
Ahad, 29 Mei 2011
Sekolah kehidupan
Untuk tidak menghampakan seorang sahabat lama yang saya sayangi, maka saya telah memandu secara solo munuju ke ibu kota tepat jam 11 malam. Dia seorang sahabat yang baik dan kali terakhir kami berjumpa ialah pada tahun 2010. Meski pun memandu berseorangan di waktu dini hari begini. Namun sedikit pun saya tidak merasa gusar atau terpaksa. Ingatan kami sewaktu di universiti dulu satu-satu menjelma.
Sekali lagi ingin saya rekodkan disini bahawa dia seorang sahabat yang baik. Semoga Allah merahmati dia dan keluarganya. Dulu sewaktu di universiti saya tidak punya komputer untuk menaip tugasan khusus. Lantas komputer dia yang selalu saya pinjam. Saya juga selalu lapar, maka makanan dia juga yang selalu saya hadam.
Saya selalu tiada duit kerana mak seorang suri rumah maka dia juga tidak punya banyak duit. Pernah satu ketika saya tiada duit, saya balik rumah dengan harapan nak minta duit pada mak rupanya mak pun tiada duit. Tapi mak tetap bagi saya tiga (3) ringgit, buat belanja seminggu. samapai sekarang duit tiga ringgit itu masih saya simpan buat kenang-kenangan. Di sebabkan saya tiada banyak duit maka kehidupan saya di universiti dulu ala kadar sahaja. Saya bertukar baju setahun sehelai. Saya juga masih pakai baju lama kerana nak cukupkan baju untuk seminggu. Kasut hanya ditukar bila sudah tidak boleh di tampal tapaknya.
Dulu saya selalu menangis kerana lapar. Pernah saya terlalu lapar sehingga saya sujud pada Allah mohon di turunkan makanan. Namun Allah bagi saya jalan untuk saya usaha dapatkan makanan. Saya akan buat apa sahaja untuk sepinngan nasi. Saya akan ambil upah taip tugasan kawan-kawan. Saya juga akan ambil upah jadi pemandu asalkan ada orang bayar saya dgn sepinggan nasi.
Allah maha kaya. Allah tidak akan meletakkan hambaNya dalam sitiuasi yang menyesakkan. Meskipun hidup serba kekurangan namun saya tidak pernah tak makan. Alhamdulillah... akan sentiasa ada rezeki untuk saya malah adakalanya hingga boleh di kongsi dengan rakan-rakan. Saya akan selalu kenang kehidupan saya dulu agar saya tidak lupa diri.
Saya juga akan selalu kenang jasa mereka yang bermurah hati menolong kami sekeluarga. Andai Allah bagi saya peluang saya akan balas jasa mereka. Syukur pada Allah, meski pun kami hidup serba sederhana namun saya mampu tamatkan pendidikan. Saya juga akan terus menerus buat kerja-kerja amal kerana saya rasa gembira dan senang membantu orang yang susah seperti saya dulu.
Sekolah kehidupan saya memang pelbagai sukatan pelajarannya... Namun kehidupan yang payah benar-benar mengajar saya erti bersyukur dan menghargai.

Sabtu, 21 Mei 2011
Keputusan
"Nour, keputusannya akan akak bagi tahu pada Hari Sabtu 21hb. Harap Nour sabar ye sehingga tarikh tersebut."
"Baik Kak N. Saya takkan ke mana-mana. Saya akan tunggu sehingga akak bagi keputusan pada saya walaupun saya gementar seperti waktu keputusan SPM nak keluar."
Maka hari itu pun hadir. Sejak awal pagi lagi aku sudah mengunggu panggilan dari Kak N. Jam tepat menunjukkan pukul 11.50pagi ketika Kak N menghubungiku. Dia dengan lemah lembut menyatakan masih belum menerima sebarang balasan dari pihak di sana. Maka aku pun berkeputusan bahawa dia tidak berminat untuk meneruskan perjalanan ini.
Tidak mengapa. Tiada sekelumit rasa dendam atau marah pun dalam hati ku. Ini pilihan masing-masing. Andai aku berdoa untuk sesuatu yang terbaik dalam hidup ku maka aku yakin dia juga begitu. Aku tidak menyesal mengenali dia. Bagiku setiap apa yang Allah takdirkan dalam hidup ini tiada yang sia-sia. Maha sucia Allah yang sempurna sifatNya. Kita sebagai hamba ini hanya mampu berusaha dan berdoa.
"Saya doakan awak bahagia di dunia dan akhirat. Semoga bertemu dengan mutiara yang awak cari."
Jumaat, 8 April 2011
Penyesalanku
Aku menangis tak henti-henti sambil memegang makanannya... Sambil merayu-rayu agar dia membenarkan aku menyentuhnya. Aku juga ingin meminta maaf atas ketidak sengajaanku megkasarinya. Aku sungguh-sungguh menyesal dengan dengan apa yang berlaku.
15 minit sebelumnya....
Di tempat letak kereta di sebuah pangsapuri di tengah bandaraya.
Aku sudah bersedia dengan gear 1. Lalu aku tekan minyak. Tiba-tiba... Dum! Bunyi seolah-olah aku melanggar sesuatu. Sahabat ku menjerit. "Nour! Kau langgar kucing".
Apa??? Aku panik...Aku pun segera menyuruh kawan ku naik ke kereta lantas segera berlalu dari situ. Dalam perjalanan aku menangis kerana rasa bersalah. Tiba-tiba kawanku bersuara. "Nour seharusnya kita bawa kucing tu ke hospital". Sambil dalam deraian air mata aku menjerit. "Tapi Zilah... Aku takut... aku tak sanggup dengar kucing tu menjerit-jerit kesakitan". Kawan aku seolah tidak puas hati dengan jawapan ku lantas dia berkata. "Sekurang-kurangnya kita buat sesuatu untuk kucing tu".
Tanpa berlengah lagi, aku pun memecut kembali ke tempat kejadian. Sampai sahaja aku dia sana kucing tu sudah tiada... Dia lari... Kami mencarinya akhirnya jumpa di bawah kereta berhampiran tempat dia di langgar. Zilah cuba menghampirinya namun dia menyeringai seolah2 mahu menerkam Zilah. Aku bagi cadangan untuk beli makanan kucing bagi memujuknya. Kami berdua tak putus asa berusaha agar dia mengikut kami untuk di bawa ke hospital.
Hampir 20 minit kami cuba memujuknya namun dia berdegil. Aku sungguh sedih lantas tanpa menghiraukan orang sekeliling aku merayu-rayu dia agar membenarkan kami membantunya.
Malangnya kucing tu degil. Tak mau dengar cakap.
Sudah 6 hari sejak peristiwa itu. Aku sudah tidak ketemu dia lagi. Namun tiada juga tanda-tanda dia dah mati. Aku masih optimistik bahawa dia masih hidup. Mungkin tak mampu nak panjat tangga kerana kakinya masih sakit. Atau mungkin dia diubati oleh sesiapa yang menjumpainya.
Tolonglah kucing... Tolonglah bersemangat untuk hidup. Saya berjanji akan akan jaga makan minum awak sekiranya awak kembali. Ini janji saya kucing. Allah jadi saksi.

Khamis, 24 Mac 2011
Membaca.
Saya sangat suka membaca. Apa pun boleh jadi bahan saya membaca. Masa kecil dulu, kalau mak suruh mengemas. Saya akan ambil masa untuk baca kertas yang sepatutnya di buang. Natijahnya... kena marah dengan mak.
Arwah ayah tahu saya suka membaca lalu di belikan saya majalah Readers Digest. Dalam keghairahan ayah membelikan saya pelbagai bahan bacaan yang berkualiti dia terlupa satu perkara. Saya masih seorang budak. Maka Majalah Readers Digest itu tidak pernah saya habis baca. Malah saya gunting majalah itu untuk dapatkan gambar-gambar yang saya suka.
Tidak putus asa dengan kerenah saya, lalu ayah langgankan pula akhbar New Straits Times untuk saya dan adik. Maka kami akan disuruh secara bergilir untuk memilih sebarang artikel untuk diterjemah ke Bahasa Melayu. Adik saya suka curi tulang. Ada saja alasannya untuk tidak menyiapkan tugasan yang di beri. Bagi saya kerja penterjemahan ini mudah sahaja. Saya cuma perlu selak bahagian Obituary dan terjemah sajak-sajak indah yang dikarang di bahagian itu. Ayah tidak pernah membantah cara saya itu malah membiarkan saya dengan kegiatan menterjemah ruangan Obituary selama beberapa lama.
Lama kelamaan saya mula berminat untuk baca novel. Ayah hadiahkan saya satu set Novel bahasa Inggeris semasa umur saya 10 tahun. Novel tersebut masih saya simpan dengan baik. Ayah juga hadiahkan saya 2 buah lagi novel bahasa Inggeris bertajuk As I was passing vol 1 and 2. Pada mulanya saya selalu merujuk judul novel tersebut sebagai ASI WAS PASSING. Malah saya turut bertanya pada ayah siapa budak yang bernama ASI itu. Ayah tidak pernah marah malah ayah kata kalau nak kenal ASI mesti baca novel tu.
Setelah beberapa tahun ayah saya meninggal barulah saya tergerak untuk selak lembaran novel yang jadi kenangan saya itu. Barulah saya tahu., tiada siapa yg bernama ASI dalam novel tersebut. Hanya kejahilan saya dan ketidak prihatinan saya yang mengkaburi pandangan mata sebenarnya. Alangkah sedihnya hati saya kerana tidak berpeluang bercerita dengan ayah tentang ASI.
Meskipun di dedahkan dengan Bahasa Inggeris sejak usia muda namun saya jatuh cinta pada bahasa Melayu. Ada sesuatu tentang Bahasa Melayu yang buat saya terpaut. Susun atur kata-katanya dan laras bahasanya benar-benar memikat hati saya. Benarlah bahasa jiwa bangsa. Sungguh saya tidak malu mengakui bahawa saya berjiwa Melayu.
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Rabu, 23 Mac 2011
Mesyuarat tingkap
Setiap kali menghadirkan diri ke mesyuarat bersama client saya akan tertanya-tanya. Kenapalah mesti lama-lama? Apa yang penting sangat sampai kena bincang sehingga hampir empat jam. Solat pun rasanya korang takkan buat sampai 4 jam... Huhu. Penat nak melayan kerenah dunia ni.
Khamis, 17 Mac 2011
Jujur beralas penipuan
Saya tidak suka penipu, pembohong, kaki putar belit, suka cakap separuh-separuh. Saya selalu fikirkan yang kejujuran itu adalah penawar biar pun pahit. Berkata benarlah meskipun payah. Jujur itu resipi kebahagiaan yang panjang. Jujurlah dengan isteri, suami, anak-anak, ibubapa, sahabat handai. Jujurlah dengan diri sendiri.
Namun ada waktunya saya juga berlaku tidak jujur pada satu-satu masa. Contoh, bila seorang sahabat yang dah lama tak ketemu datang pada saya. Kami bertemu dengan rasa gembira kerana sudah lama tidak berjumpa. Lantas dia bertanya "Nour, aku gembira kita bertemu. Kau sudah agak berisi ya. Aku juga naik berat sedikit, tidak banyak. Aku masih seperti dulu kan?"
Tatkala itu saya kaget, berkira-kira mahu bercakap jujur atau sebaliknya. Dia yang pernah saya kenal dulu sangat lansing dan kuning langsat kulitnya. Namun yang berdiri dihadapan saya ini adalah umpama seorang asing yang bertambah 20kg beratnya dan berkulit agak gelap seolah-olah sering berjemur di tengah panas.
Aduhai, bagaimana harus saya respon? (Perlu diambil perhatian bahawa kaum wanita amat sensitif dengan isu berat badan)
a. Ya, berat kamu nampak naik sedikit. Tidak lebih 30kg.
b. Berat kamu naik ke? Ish.. tak perasan pula.
c. Hahahaha (Gelak dalam nada sopan). Tak kisah la berat naik atau tidak. Yang pasti kamu masih jelita seperti dulu.
d. Jom kita makan. Saya belanja makan kat Al-Rawsha. Kamu suka kambing kan?
Tepat sekali. Jawapan saya adalah C. Sudah tentu saya tidak tergamak melukakan hatinya. Kawan baik yang sudah lama tidak ketemu. Masakan saya sanggup mengguris perasaan sahabat saya dengan berkata benar yang dia sudah bertambah berat badan sehingga saya tidak kenal akan wajahnya lagi.
Dalam situasi begini, kejujuran yang bagaimanakah harus kita sampaikan? Kejujuran yang pahit itu dikhuatiri boleh mendatangkan rasa kecil hati seterusnya merenggangkan sebuah persahabatan. Kejujuran itukah?

Rabu, 16 Mac 2011
Hidup dulu dan hidup sekarang.
Di Wajahmu Kulihat Bulan
Di wajahmu kulihat bulan
Bersembunyi di sudut kerlingan
Sadarkah tuan kau di tatap insan
Yang hauskan belaian
Di wajahmu kulihat bulan
Menerangi hati gelap rawan
Biarlah daku mencari naungan
Di wajah damai rupawan
Serasa tiada jauh dan mudah dicapai tangan
Ingin hati menjangkau kiranya tinggi di awan
Di wajahmu kulihat bulan
Yang mengintai di balik senyuman
Jangan biarkan ku tiada berkawan
Hamba menanti kan tuan

Nyanyian: Sam Saimun
Perhatikan lirik lagu di atas dendangan Sam Saimun penyanyi irama keroncong dari Indonesia yang popular sekitar tahun 60an. Dapatkah kalian merasai getaran maksudnya? Ringkas namun cukup berkesan. Amat lunak untuk di fahami apa yang disuratkan juga yang tersirat. Sangat sopan maksud lirik ini disampaikan. Seolah-olah memujuk si pendengar agar memahami isi hati penyampai. Suara Sam Saimun yang merdu juga memainkan peranan penting dalam melagukan karya klasik ini.
Lagu ini merupakan gambaran kehidupan masa lampau yang sederhana namun amat menitik beratkan adab sopan. Sedihnya, cara hidup sekarang yang terlalu ringkas dan pantas menghilangkan kemanisan tata susila budaya kita dahulu. Adakalanya budaya sopan santun ini menjadikan peribadi seseorang itu di rasakan lebih tertib dan indah.
Sayang sungguh kita sekarang lebih selesa berbahasa pasar. Banyak laras bahasa melayu yang sudah di rombak hingga maknanya tgidak indah lagi. Sedih...
Isnin, 7 Februari 2011
Sentuhan fizikal = Nilai kasih sayang
Tahun 2011 telah sebulan berlalu. Usia bertambah... bukan tua yang menanti dihujung usia tetapi MATI. Ya, setiap saat berlalu menandakan kita makin hampir ke arah kematian. Sedia atau tidak itulah destinasi setiap yang bernyawa. Tidakkah janji Allah tentang kematian itu tidak cukup untuk membuatkan seseorang itu gerun tatkala mengenang dosa-dosa yang dilakukan?
Aduhai jiwa yang berdosa, kembalilah ke jalan kebenaran. Jalan yang lurus bersama orang-orang yang Allah berikan nikmat. Tiada yang menafikan bahawa manusia pasti akan berdosa namun kita ada pilihan unutk berhenti dari terus berdosa kerana pintu taubat itu sering terbuka untuk hamba-hambanyaNya selagi hayat masih ada.
Dosa? Dosa apa?
Zina. Ya Zina. Contoh terbaik dosa yang paling popular bagi umat akhir zaman ini. Mereka yang terdedah dengan virus zina ini tidak terhad pada pasangan bercinta sahaja meski pun golongan ini adalah kumpulan terbesar yang mengambil bahagiaan dalam gejala maksiat ini.
Kita selalu dengar sepotong ayat yang sering di laung-laungkan hatta budak darjah satu pun sudah kenal akan ayat 32 dari Surah Al-Isra' ini: "Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk". Akan tetapi amat menyadihkan apabila tidak ramai yang benar-benar berpegang pada pengertian jangan dekati zina.
Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita bahawa seseorang yang rapat dengan saya telah dijangkiti virus ini. Dikhabarkan gadis A (bukan nama sebenar) mengambil keputusan menyerahkan jjiwa dan raganya kepada lelaki B (juga bukan nama sebenar) gara-gara cinta yang terlalu menebal dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi pada lelaki B. Alangkah syaitannya lelaki B kerana turut mendorong gadis A untuk membiarkan dirinya disentuh sebelum akad.
Lebih durjana lagi si lelaki B ini juga telah sanggup meminta gambar aksi ghairah gadis A untuk ditatap pada waktu senggang. Si bodoh gadis A pun menghantar gambarnya yang terdedah aurat kepada lelaki B tanpa memikirkan implikasinya pada diri sendiri. Aduhai, tidakkah gadis A tahu bahawa nilai kasih sayang itu melebihi sentuhan fizikal? Tidakkah gadis A tahu sudah berapa kali drama yang sama telah di ulang tayang?.
Drama 1.
Saat bercinta semuanya indah. X sayang Y. Y sayang X. X berzina dengan Y (sambil ambil gambar/video). Kemudian berpisah... Akhirnya video XY boleh didapati secara percuma di www.***.com)
Drama 2
Saat bercinta semuanya indah. V sayang W. W sayang V. V berzina dengan W (sambil ambil gambar/video). Kemudian berpisah... Akhirnya video VW boleh didapati secara percuma di www.***.com)
Samakan ceritanya? Watak sahaja yang berlainan.
Jadi, apa yang harus kita buat?
Ayuh kita bincang solusinya.
1. Setiap anak perlu dididik bukan sahaja untuk jadi anak yang taat tetapi HAMBA yang taat juga. Adakalanya ibu bapa tidak boleh memantau anak2 pada setiap masa tapi Allah Maha Melihat. Ibu bapa tidak nampak tapi Allah nampak.
2. Didik anak-anak agar tidak tunduk pada tekanan rakan sebaya. Tanamkan dalam diri anak-anak bahawa tidak apa tiada teman lelaki/wanita pada usia persekolahan dan tidak matang. Bila sudah sampai masanya,jangan tangguh-tangguh untuk kahwinkan mereka.
3. Setiap anak-anak baik lelaki atau perempuan harus tahu tanggung jawab pada diri masing-masing dan juga pada orang lain.
4. Bicara tentang hubungan perasaan/fizikal antara lelaki dan perempuan. Biar anak-anak dapat informasi yang tepat dari ibubapa dan bukan rakan sebaya.
5. Ajar anak-anak untuk berkata TIDAK dan menolak sebarang ajakan untuk melakukan perkara maksiat.
6. Jika anak-anak tanya tentang seks, jangan marah tetapi jawab dengan tenang. Didik mereka dan jangan takutkan mereka.
7. Jujurlah dengan anak-anak kerana mereka juga manusia meskipun berusia muda dan bersaiz kecil.
8. Bagi yang telah terlanjur itu bertaubatlah. Kekalkanlah rasa dosa itu dalam hati. Semoga dengan ingatan kita pada dosa itu kita akan menjauhinya.
Buat gadis A. Pulanglah ke jalan yang benar. Tinggalkan kisah silammu dan jadilah muslimah yang taat. Kami semua sayangkan kamu dan tiada siapa yang akan menghukum kamu atas kealpaan kamu dahulu.

Langgan:
Ulasan (Atom)