Untuk tidak menghampakan seorang sahabat lama yang saya sayangi, maka saya telah memandu secara solo munuju ke ibu kota tepat jam 11 malam. Dia seorang sahabat yang baik dan kali terakhir kami berjumpa ialah pada tahun 2010. Meski pun memandu berseorangan di waktu dini hari begini. Namun sedikit pun saya tidak merasa gusar atau terpaksa. Ingatan kami sewaktu di universiti dulu satu-satu menjelma.
Sekali lagi ingin saya rekodkan disini bahawa dia seorang sahabat yang baik. Semoga Allah merahmati dia dan keluarganya. Dulu sewaktu di universiti saya tidak punya komputer untuk menaip tugasan khusus. Lantas komputer dia yang selalu saya pinjam. Saya juga selalu lapar, maka makanan dia juga yang selalu saya hadam.
Saya selalu tiada duit kerana mak seorang suri rumah maka dia juga tidak punya banyak duit. Pernah satu ketika saya tiada duit, saya balik rumah dengan harapan nak minta duit pada mak rupanya mak pun tiada duit. Tapi mak tetap bagi saya tiga (3) ringgit, buat belanja seminggu. samapai sekarang duit tiga ringgit itu masih saya simpan buat kenang-kenangan. Di sebabkan saya tiada banyak duit maka kehidupan saya di universiti dulu ala kadar sahaja. Saya bertukar baju setahun sehelai. Saya juga masih pakai baju lama kerana nak cukupkan baju untuk seminggu. Kasut hanya ditukar bila sudah tidak boleh di tampal tapaknya.
Dulu saya selalu menangis kerana lapar. Pernah saya terlalu lapar sehingga saya sujud pada Allah mohon di turunkan makanan. Namun Allah bagi saya jalan untuk saya usaha dapatkan makanan. Saya akan buat apa sahaja untuk sepinngan nasi. Saya akan ambil upah taip tugasan kawan-kawan. Saya juga akan ambil upah jadi pemandu asalkan ada orang bayar saya dgn sepinggan nasi.
Allah maha kaya. Allah tidak akan meletakkan hambaNya dalam sitiuasi yang menyesakkan. Meskipun hidup serba kekurangan namun saya tidak pernah tak makan. Alhamdulillah... akan sentiasa ada rezeki untuk saya malah adakalanya hingga boleh di kongsi dengan rakan-rakan. Saya akan selalu kenang kehidupan saya dulu agar saya tidak lupa diri.
Saya juga akan selalu kenang jasa mereka yang bermurah hati menolong kami sekeluarga. Andai Allah bagi saya peluang saya akan balas jasa mereka. Syukur pada Allah, meski pun kami hidup serba sederhana namun saya mampu tamatkan pendidikan. Saya juga akan terus menerus buat kerja-kerja amal kerana saya rasa gembira dan senang membantu orang yang susah seperti saya dulu.
Sekolah kehidupan saya memang pelbagai sukatan pelajarannya... Namun kehidupan yang payah benar-benar mengajar saya erti bersyukur dan menghargai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan