Saya tidak suka penipu, pembohong, kaki putar belit, suka cakap separuh-separuh. Saya selalu fikirkan yang kejujuran itu adalah penawar biar pun pahit. Berkata benarlah meskipun payah. Jujur itu resipi kebahagiaan yang panjang. Jujurlah dengan isteri, suami, anak-anak, ibubapa, sahabat handai. Jujurlah dengan diri sendiri.
Namun ada waktunya saya juga berlaku tidak jujur pada satu-satu masa. Contoh, bila seorang sahabat yang dah lama tak ketemu datang pada saya. Kami bertemu dengan rasa gembira kerana sudah lama tidak berjumpa. Lantas dia bertanya "Nour, aku gembira kita bertemu. Kau sudah agak berisi ya. Aku juga naik berat sedikit, tidak banyak. Aku masih seperti dulu kan?"
Tatkala itu saya kaget, berkira-kira mahu bercakap jujur atau sebaliknya. Dia yang pernah saya kenal dulu sangat lansing dan kuning langsat kulitnya. Namun yang berdiri dihadapan saya ini adalah umpama seorang asing yang bertambah 20kg beratnya dan berkulit agak gelap seolah-olah sering berjemur di tengah panas.
Aduhai, bagaimana harus saya respon? (Perlu diambil perhatian bahawa kaum wanita amat sensitif dengan isu berat badan)
a. Ya, berat kamu nampak naik sedikit. Tidak lebih 30kg.
b. Berat kamu naik ke? Ish.. tak perasan pula.
c. Hahahaha (Gelak dalam nada sopan). Tak kisah la berat naik atau tidak. Yang pasti kamu masih jelita seperti dulu.
d. Jom kita makan. Saya belanja makan kat Al-Rawsha. Kamu suka kambing kan?
Tepat sekali. Jawapan saya adalah C. Sudah tentu saya tidak tergamak melukakan hatinya. Kawan baik yang sudah lama tidak ketemu. Masakan saya sanggup mengguris perasaan sahabat saya dengan berkata benar yang dia sudah bertambah berat badan sehingga saya tidak kenal akan wajahnya lagi.
Dalam situasi begini, kejujuran yang bagaimanakah harus kita sampaikan? Kejujuran yang pahit itu dikhuatiri boleh mendatangkan rasa kecil hati seterusnya merenggangkan sebuah persahabatan. Kejujuran itukah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan