Sabtu, 21 Mei 2011

Keputusan

"Nour, keputusannya akan akak bagi tahu pada Hari Sabtu 21hb. Harap Nour sabar ye sehingga tarikh tersebut." 

"Baik Kak N. Saya takkan ke mana-mana. Saya akan tunggu sehingga akak bagi keputusan pada saya walaupun saya gementar seperti waktu keputusan SPM nak keluar."

Maka hari itu pun hadir. Sejak awal pagi lagi aku sudah mengunggu panggilan dari Kak N. Jam tepat menunjukkan pukul 11.50pagi ketika Kak N menghubungiku. Dia dengan lemah lembut menyatakan masih belum menerima sebarang balasan dari pihak di sana. Maka aku pun berkeputusan bahawa dia tidak berminat untuk meneruskan perjalanan ini.

Tidak mengapa. Tiada sekelumit rasa dendam atau marah pun dalam hati ku.  Ini pilihan masing-masing. Andai aku berdoa untuk sesuatu yang terbaik dalam hidup ku maka aku yakin dia juga begitu. Aku tidak menyesal mengenali dia. Bagiku setiap apa yang Allah takdirkan dalam hidup ini tiada yang sia-sia. Maha sucia Allah yang sempurna sifatNya. Kita sebagai hamba ini hanya mampu berusaha dan berdoa. 

"Saya doakan awak bahagia di dunia dan akhirat. Semoga bertemu dengan mutiara yang awak cari."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan