Sabtu, 8 Februari 2014

Facebook (FB)

Inilah kali pertama aku berkesempatan menjengah blog ini dalam tahun 2014 angkara kesibukkan yang tak dapat dikurangkan. Sungguh... saban hari aku rasakan waktu makin berkurang dan aku terkejar2 menyiapkan itu ini hinggalah usai segalanya aku rasa sangat penat. Ada orang kata, dunia ini tempat kita berpenat, mati nanti kita berehat. Ye ke? Kalau kau tak terperosok di jahannam boleh la berehat2. ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢ  

Cakap pasal mati baru boleh berehat, aku teringat akan satu doa yang Rasulullah SAW baca seperti berikut:


اَللّهُمَّ أَصْلِحْ لِيْ دِيْنِيَ الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِيْ، وَأَصْلِحْ لِيْ دُنْيَايَ الَّتِيْ فِيْهَا مَعَاشِيْ، وَأَصْلِحْ لِيْ آخِرَتِيَ الَّتِيْ فِيْهَا مَعَادِيْ، وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِيْ فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِيْ مِنْ كُلِّ شَرٍّ. 

'Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku untukku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirahat untukku dari segala keburukan'.

(Shahih Muslim, Kitab adz-Dzikr, Bab at-Ta'awwudz Min Syarri Ma Amila, 4/2087, no. 2720. )

Rasulullah SAW berdoa agar jika kita hidup dapat menambah kebaikan dan mati sebagai istirahat dari segala keburukan. Asalnya manusia ini memang akan berbuat dosa. Tiada yang maksum melainkan nabi, terutama sekali manusia akhir zaman ni. Tak payah nak tunjuk alim berimej langit ketujuh. Bukan manusia yang akan menilai kau, Allah jua sebaik2 penilai. Seingat akulah, dalam Quran cakap pasal tujuan penciptaan manusia ni adalah untuk beribadah kepada Allah dan untuk jadi khalifah di muka bumi. Tak pasti pula samada termasuk dalam hal2 menilai2 manusia lain. Kalau ada tolong tunjukkan. Aku pun bukan ustaz macam korang (ayat cliche).

Bila masuk topik penilaian manusia, aku rasa sedih bila melihat Islam dah jadi macam bahan kosmetik. Maksudnya, Islam dinilai dari permukaan. Bukan apa cuma rasa macam lain macam. Susah nak cakap sebenarnya. Tapi kita ambil contoh paling mudah. Apabila bukan Islam pakai tudung sikit dan bercakap tentang Islam kat FB maka berbondong2lah orang duk sanjung kelangit. Tak cukup dengan itu, siap sindir saudara seakidah kerana nak pertahankan orang2 terpilih tu. "Eh Nour... Kita sokonglah dia sebab dia nak mendekatkan diri dengan Islam." "Kau ni Nour, kita berbaik sangka jelah..." Ya Rabb, aku ni bukanlah memprejudiskan dia tu. Aku cuma pelik sebab dulu orang belajar akidah dulu pastu barulah belajar bab2 fiqh ni dan aku rasa ngeri bila kita sanjung dia secara berlebih2an. Tak payah sanjung sangat atau mengkeji dia boleh? Buat biasa2 je. Tapi... yelah kan, tentulah aku ni salah sebab aku bukan ustaz macam korang. 

Aku memang akan buka FB tapi dah jarang tengok page kawan2 sebab aku tak dapat menahan diri dari mengutuk dalam hati. So daripada aku mengutuk maka ada baiknya aku menjauhkan. Tapi kadang2 tu ternampak juga. Contoh yang relevan untuk aku kongsikan ialah mengeluh hal rumahtangga kat FB. Isu2 lain bolehlah di terima tapi bila status tu agak detail sehingga boleh mengaibkan pihak2 dalam rumahtangga tu maka aku jadi tak selesa dan rasa murung. Meskipun aku sangat menitik beratkan hak2 isteri dalam rumahtangga tetapi aku tidak pernah menafikan bahawa isteri perlu taat pada suami dalam perkara2 syarie. Itu bukan perkara main2 ye puan2 sekalian.

Asalnya tajuk post ini perihal FB namun mukadimahnya aku bercerita tentang macam2 dan isu FB hanya di perenggan kedua terakhir, itupun sengaja tidak dikupas dengan lebih mendalam.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan