Aku suka lihat orang jatuh cinta. Jatuh cinta itu sakit bukan kerana luka jatuh, tapi sakit ditimpa perasaan. Sikap berubah-ubah ikut perasaan yang datang silih berganti. Sekejap gembira sekejap sedih. Sekejap lapar sekejap kenyang.
Setiap orang bermula dengan cinta. Ibu dan ayah bercinta lalu berkahwin atau berkahwin lalu bercinta, natijahnya lahirlah kita.
Bila mula-mula jatuh cinta, fikiranmu akan berdolak dalih. Perasaan dan fikiran saling tidak sependapat. Ini kerana hati merasakan satu perasaan yang tidak dapat ditafsir hingga fikiranmu tidak keruan. Di tambah lagi dengan rasa rindu yang tak henti-henti menjengah. Hmmm... Masa itulah akan bermula sindrom senyum sorang-sorang.
Nak menulis lagi... tapi mengantuk pula. InsyaAllah sambung esok.
Cerita tentang kehidupan, cerita tentang kematian dan perjalanan diantara keduanya.
Sabtu, 7 Jun 2014
Khamis, 5 Jun 2014
Sayang jika tidak diluah sayang
Aku tidak boleh tidur. Jalan sana sini, ambil wudhuk, buat apa yang patut... Masih cerah biji mata (bak kata orang dulu) Aku buka computer dan cuba buat kerja sikit-sikit. Tak menjadi.
Akhirnya aku sampai ke sini. Mencuba nasib, mana tau ada ilham mencurah2.
Tadi seorang sahabat berkongsi rasa tentang ungkapan "love" atau "sayang". Katanya ungkapan itu hanya dilafazkan bila dia benar-benar rasa dengan perasaan yang benar dan pada masa yang sesuai.
Aku setuju. Betul juga. Harga ungkapan tidak sekadar di bibir. Harus ada perasaan dan kesungguhan.
Perbincangan itu membawa ingatan aku ke zaman aku masih belum pandai berkongsi perasaan.
Kali pertama aku cuba mengungkapkan rasa sayang bila mana almarhum ayah kata dia sayangkan aku. Bibir aku bergerak2 namun sayangnya kata2 itu hanya sampai di kerongkong. Aku tidak mempu bersuara. Sehingga hari ini, aku masih ingat bagaimana lebamnya perasaan aku dikala itu. Apakah malangnya nak sebut sayang pun teragak2.
Setelah almarhum ayah meninggal. Aku cuba sedikit2 untuk meluahkan perasaan dengan saluran yang ada. Aku mula dengan sajak. Pejam mata dan tulis apa saja. Mula2 memang lucu sebab walaupun aku ada kemahiran menulis tapi aku tidak jujur. Masih ada tapisan2 perasaan.
Namun... Setelah K hadir. Dia mengajar aku jadi penyajak terhebat. Ewahhh... malulah nak sambung. Sekian.

Isnin, 10 Februari 2014
Aku harap...
Apabila melihatkan keadaannya ketika ini aku sangat berharap agar dia dapat gunakan segala kekuatan yang ada utk berehat. Dengan rehat itu dia boleh gandakan saki baki kekuatan yang tinggal.
Aku harap dia boleh gagah seperti dulu. Tidak perlu jadi badang. Cukuplah agar dia mampu jalan2 ke kedai kopi setiap pagi dan pergi masjid untuk berjemaah solat 5 waktu.
Aku harap dia boleh teman aku makan di dapur setiap kali aku balik. Aku ingin masak spaghetti daging yang dia suka dan kami makan sama2. Aku ingin dengar dia cerita pasal harga sawit dan pokok getah. Cerita tentang babi hutan makan anak pokok kelapa.
Aku harap dia boleh buat senduk tempurung lagi. Isi masa lapang dan aku boleh tolong beli senduk dia. Tidak mengapa senduk senget benget, yang penting hati dia gembira. Katanya yang kecil RM5, yang besar RM10.
Aku harap dia boleh jalan masuk hutan cari akar kayu macam dulu. Dia boleh pakai kasut but kulit yang aku belikan dengan seluar camel gaya macam Indiana Jones. Aku tak kisah dia nak berkebun dengan kemeja mahal macam dia selalu buat. Lepas ni bila dia sihat, aku tak kisah kalau dia pergi kebun pakai kemeja Armani. Pakailah...yang penting dia gembira.
Aku harap apa pun jalannya selepas ini aku boleh terima dengan redha. Aku tahu, dia tahu aku sangat sayangkan dia. Aku tahu, dia tahu aku sangat bangga dengannya.
Setiap dari kita punyai jalan yang berbeza di dunia ini. Allah telah menetapkan panjang atau pendek jalan itu. Jalan aku juga belum tahu panjang pendeknya.

Sabtu, 8 Februari 2014
Oh cinta
Saya tidak puas menulis lagi. Jom kita bercerita hal kasih sayang pula.
Pernah tak apabila kamu melihat kepada seseorang maka hati kamu berkata2 "Ada sesuatu tentang dia ini yang sangat menarik hati, tetapi apa ye?"
Maka kamu pun mencari2 apakah yang menarik tentang orang itu. Boleh jadi mukanya walaupun dia kelihatan biasa2 saja. Boleh jadi gaya percakapannya. Boleh jadi pandangan matanya bila dia tersenyum, boleh jadi, boleh jadi, boleh jadi...
Lalu hubungan kalian berterusan hingga bertahun2 lamanya. Namun setiap kali kamu memandang wajahnya kamu pasti tercari2 dimana datangnya tarikan dia ini.
Aduhai.... Cinta itu sangat misterius. Perasaannya sangat nyata namun jawapannya samar2.
Penafian: Tulisan ini tiada kena mengena dengan saya. Ini cuma perkongsian literal tentang pengalaman orang lain. Tiada maksud tersembunyi disini. Berhenti menspekulasi.
Facebook (FB)
Inilah kali pertama aku berkesempatan menjengah blog ini dalam tahun 2014 angkara kesibukkan yang tak dapat dikurangkan. Sungguh... saban hari aku rasakan waktu makin berkurang dan aku terkejar2 menyiapkan itu ini hinggalah usai segalanya aku rasa sangat penat. Ada orang kata, dunia ini tempat kita berpenat, mati nanti kita berehat. Ye ke? Kalau kau tak terperosok di jahannam boleh la berehat2. ﺃَﺳْﺘَﻐْﻔِﺮُ ﺍﻟﻠَّــﻪَ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴــﻢ
Cakap pasal mati baru boleh berehat, aku teringat akan satu doa yang Rasulullah SAW baca seperti berikut:
اَللّهُمَّ أَصْلِحْ لِيْ دِيْنِيَ الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِيْ، وَأَصْلِحْ لِيْ دُنْيَايَ الَّتِيْ فِيْهَا مَعَاشِيْ، وَأَصْلِحْ لِيْ آخِرَتِيَ الَّتِيْ فِيْهَا مَعَادِيْ، وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِيْ فِي كُلِّ خَيْرٍ، وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِيْ مِنْ كُلِّ شَرٍّ.
'Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku
yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku untukku
yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku
yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai
tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai
istirahat untukku dari segala keburukan'.
(Shahih Muslim, Kitab adz-Dzikr, Bab at-Ta'awwudz Min Syarri Ma Amila, 4/2087, no. 2720. )
Rasulullah SAW berdoa agar jika kita hidup dapat menambah kebaikan dan mati sebagai istirahat dari segala keburukan. Asalnya manusia ini memang akan berbuat dosa. Tiada yang maksum melainkan nabi, terutama sekali manusia akhir zaman ni. Tak payah nak tunjuk alim berimej langit ketujuh. Bukan manusia yang akan menilai kau, Allah jua sebaik2 penilai. Seingat akulah, dalam Quran cakap pasal tujuan penciptaan manusia ni adalah untuk beribadah kepada Allah dan untuk jadi khalifah di muka bumi. Tak pasti pula samada termasuk dalam hal2 menilai2 manusia lain. Kalau ada tolong tunjukkan. Aku pun bukan ustaz macam korang (ayat cliche).
Bila masuk topik penilaian manusia, aku rasa sedih bila melihat Islam dah jadi macam bahan kosmetik. Maksudnya, Islam dinilai dari permukaan. Bukan apa cuma rasa macam lain macam. Susah nak cakap sebenarnya. Tapi kita ambil contoh paling mudah. Apabila bukan Islam pakai tudung sikit dan bercakap tentang Islam kat FB maka berbondong2lah orang duk sanjung kelangit. Tak cukup dengan itu, siap sindir saudara seakidah kerana nak pertahankan orang2 terpilih tu. "Eh Nour... Kita sokonglah dia sebab dia nak mendekatkan diri dengan Islam." "Kau ni Nour, kita berbaik sangka jelah..." Ya Rabb, aku ni bukanlah memprejudiskan dia tu. Aku cuma pelik sebab dulu orang belajar akidah dulu pastu barulah belajar bab2 fiqh ni dan aku rasa ngeri bila kita sanjung dia secara berlebih2an. Tak payah sanjung sangat atau mengkeji dia boleh? Buat biasa2 je. Tapi... yelah kan, tentulah aku ni salah sebab aku bukan ustaz macam korang.
Aku memang akan buka FB tapi dah jarang tengok page kawan2 sebab aku tak dapat menahan diri dari mengutuk dalam hati. So daripada aku mengutuk maka ada baiknya aku menjauhkan. Tapi kadang2 tu ternampak juga. Contoh yang relevan untuk aku kongsikan ialah mengeluh hal rumahtangga kat FB. Isu2 lain bolehlah di terima tapi bila status tu agak detail sehingga boleh mengaibkan pihak2 dalam rumahtangga tu maka aku jadi tak selesa dan rasa murung. Meskipun aku sangat menitik beratkan hak2 isteri dalam rumahtangga tetapi aku tidak pernah menafikan bahawa isteri perlu taat pada suami dalam perkara2 syarie. Itu bukan perkara main2 ye puan2 sekalian.
Asalnya tajuk post ini perihal FB namun mukadimahnya aku bercerita tentang macam2 dan isu FB hanya di perenggan kedua terakhir, itupun sengaja tidak dikupas dengan lebih mendalam.
Sekian.
Langgan:
Ulasan (Atom)