Rabu, 18 September 2013

Kasih sayang dan belas kasihan

Pernah satu ketika tidak lama dulu saya menonton sebuah drama Melayu, seorang watak lelaki dalam drama tersebut menuturkan dialog yang bermaksud lebih kurang begini:

"Sebenarnya baru aku sedar, aku tidak menyayangi kau tetapi aku mengasihani kau"

Maka watak wanita yang menjadi isteri watak lelaki tersebut pun menangis semahu2nya kerana menurut firasatnya si suami tidak mencintainya dalam skala sebuah percintaan sebenar.

"Antara kasih dan kasihan..."

Pada waktu itu saya menonton drama melayu tersebut dengan perasaan mendatar tanpa berfikir apa2. Namun kata2 lelaki tersebut dan reaksi isterinya saya simpan dalam ingatan.

Cerita tersebut berakhir dengan cara yang bagaimana juga saya tidak ingat.

Berapa tahun berlalu...

Suatu hari saya terbaca ayat 21 dari Surah Ar Ruum yang bermaksud:

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Melihat sahaja ayat itu fikiran saya terus tergambar babak suami isteri yang saya tonton dalam drama melayu beberapa tahun sebelumnya.

Macam2 yang bermain di fikiran saya, antaranya:

1. Allah sebut dalam ayat tu tentang perasaan kasih sayang dan belas antara suami isteri, tetapi watak isteri menangis kerana suaminya hanya belas kasihan dan kononya tiada kasih sayang.
2. Adakah si isteri akan gembira sekiranya si suami hanya sayang tanpa belas kasihan?

Persoalan demi persoalan buat saya berfikir. 

Adakalanya kita menjangka2 perasaan kita itu benar namun Allah Maha mengetahui. Kita rasakan dengan hanya kasih sayang itu sudah cukup, kita sudah bahagia sampai rasa terawang2an. Rupanya kita silap. Perasaan kasih sayang dan belas kasihan itu perlu ada.

Malunya bila jadi manusia yang fikir sudah bercukupan serba serbi lalu rasa tidak perlu ubah apa2 untuk jadi lebih baik.

Khamis, 12 September 2013

Keganasan Domestik Part 1

Isteri, ibu, anak perempuan, adik perempuan, cucu perempuan, makcik.

Mereka semua termasuk dalam kategori wanita. Hakikat wanita ini walau nampak kuat dan boleh tahan sakit bersalin sekali pun mereka tetap lemah berbanding lelaki dari segi fizikal.

Namun begitu, ada lelaki-lelaki di luar sana yang suka beradu kekuatan dengan wanita. Contohnya ialah apa yang berlaku dalam keganasan rumah tangga.

Perlu diingatkan berkali2 agar setiap individu, baik lelaki atau pun perempuan untuk menyemaikan sifat hormat DIRI SENDIRI.

Ini penting kerana situasi penderaan boleh dielakkan sekiranya wujud rasa hormat dan kasih pada diri sendiri.

Keganasan tidak terhad pada fizikal tapi mental juga. Namun untuk tulisan kali ini ayuh kita fokus pada keganasan yang bersifat fizikal.

Apakah contoh keganasan domestik?

Suami pukul isteri sehingga mendatangkan kecederaan.

Apa yang isteri perlu buat?

1. Dapatkan bantuan orang ramai/jiran terdekat/keluarga. Jika ada anak, letakkan anak di tempat yang selamat.

2. Pergi hospital kerajaan untuk dapatkan rawatan. Beritahu doktor untuk dapatkan laporan perubatan bagi tujuan laporan polis.

3. Selepas itu, pergi ke balai polis untuk buat laporan. Sejak tahun2 kebelakangan ini polis lebih bersifat prihatin terhadap kes2 pukul isteri. Olih itu usah khuatir sama ada polis ambil berat akan kes2 sebegini atau tidak.

4. Untuk tindakan seterusnya, si isteri perlu buat keputusan dan tau hala tuju. Adakah isteri ingin bercerai atau bagi peluang pada suami. Walaupun saya mengharapkan agar tiada antara wanita2 ini hidup dalam situasi penderaan namun tidak dapat tidak saya perlu mengambil kira situasi2 tertentu termasuklah situasi isteri memaafkan suami dan akhirnya di pukul berkali2.

Empat langkah diatas adalah perkara2 asas yang perlu dilakukan oleh seorang isteri yg telah dipukul oleh suami sehingga mendatangkan kecederaan.

Bersambung...