Setelah bersalaman dgn tuan rumah serta bertanyakan khabar maka saya segera ke bahagian depan dan mengambil tempat duduk berhampiran KKPR ini tadi. Lantas saya pun memulakan bicara:
Nour: Assalamualaikum... adik2 ni datang dgn sape?
Wakil KKPR: Datang dgn kawan2.
Nour: Oh... Semua ni sebaya ke? Umur berapa?
Wakil KKPR: 13 tahun.
Nour: ??? 13 tahun ??? (sambil senyum).
Rupanya mereka ini masih anak2 kecil lagi. Aduh, perit sungguh hati saya melihatkan generasi selepas saya ini. Saya ambil peluang bersembang2 dengan mereka. Berdasarkan cerita mereka, mereka ini datang berpasang-pasangan.
Seusai berbicara dgn mereka saya kembali ke dalam rumah. Saya pandang muka anak saudara saya yg berumur 1 tahun lebih. Ya Allah, selamatkanlah dia dari tipu daya syaitan, peliharalah dia dari terlibat dgn perkara mungkar. Satu perasaan gerun menjalar dalam hati saya. Apakah peranan ibu bapa? dan kalau ibu bapa tidak memainkan peranan, apakah tanggungjawab datuk dan nenek?
Saya teringat satu kisah tentang seorang lelaki yg menceritakan keburukan anaknya kepada Umar al-Khattab r.a. Lantas Umar al-Khattab memanggil anak tersebut dan menasihatinya. Setelah itu anak tersebut bertanya kepada Umar perihal hak anak keatas ibubapanya. Lalu Umar al Khatab menyatakan bahawa hak anak-anak ialah:
"Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran." Menurut si anak, si ayah tidak pernah membuat satu pun dari 3 perkara itu. Si ayah memilih isteri yang merupakan hamba kepada seorang Majusi, anak tadi di beri nama Ja'lun dan dia tidak pernah dia ajar membaca Al-Quran. Maka Umar al-Khattab pun berkata kpd si ayah " Kamu datang mengadukan kederhakaan anakmu, kamu yang menderhakainya sebelum dia menderhakai kamu."
Berdasarkan cerita diatas, maka dapatlah dilihat bahawa tugas sebagai ibubapa ini bukan hadir tatkala anak2 telah lahir namun bermula seawal memilih calon isteri lagi. Kenyataan ini membuahkan persoalan di fikiran saya. Adakah kita bersedia untuk menjadi ibubapa yang menjaga hak anak2nya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan