Jumaat, 19 November 2010

Akhir Zaman: Garis samar-samar antara yang haq dan yg batil.

Permasalahan terkini yang melanda muslim kebanyakannya ialah normalisasi maksiat yang berjalan seiring dengan kehidupan harian. Rata-rata kita telah terbiasa dengan pertuturan, perbuatan malah persekitaran yang pro maksiat yang mana kesan jangka masa panjangnya menjadikan kita seorang muslim yg tidak peka pada perkara mungkar.

Imam Ibnul Jauzi dalam kitabnya “Shaidul Khatir” berkata : “Aku mengingatkan, bahwa maksiatlah yang menyebabkan seseorang dimasukkan ke dalam api neraka. Kemaksiatan memang memberikan kenikmatan di dunia, padahal sebenarnya kemaksiatan hanyalah tipu daya dan tidak ada gunanya. Sungguh menghairankan bagaimana mungkin seseorang yang waras akan menuruti hawa nafsunya dan lebih senang dengan neraka jahannam nantinya?”

Ayuh kita jadi lebih prihatin dan terapkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian. Ayuh kita memohon keampunan pada Allah... kerana sesungguhnya Allah itu Maha pengampun.

“Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”
(Surah Az-Zumar [39] : 53)

“Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Surah An-Nisa’[4] : 110)

Rabu, 29 September 2010

Perkenalkan... ini cinta.

Sebenarnya saya sangat suka berbicara perihal cinta, anugerah Allah yang tidak ternilai. Ini sudah tentu cinta yang syarie kerana Islam tidak mengiktiraf cinta "makwe pakwe" dan yg seangkatan dengannya. Oh ya... Amaran keras untuk adik-adik (kakak-kakak dan abang-abang pun sama) tiada istilah ber"couple" dalam Islam. Ikhtilat antara lelaki dan perempuan memang dilarang. Yang salah tetap salah. Tidak perlu berhujah panjang untuk membenarkan perkara yang jelas dan terang haram. InsyaAllah... nanti jika ada kelapangan kita bercerita tentang Ikhtilat (topik kegemaran saya juga).


Berbalik semula pada topik cinta ini. Benar, cinta itu rahmat yang di pinjamkan pada kita. Beruntunglah manusia yang ketemu cinta dalam hidup. Cinta pada Allah, cinta pada Rasulullah, cinta pada keluarga, cinta pada saudara-mara...cinta pada suami (Oh senyum malu-malu ya..).


Cinta ini suatu perasaan yang semua orang sudah maklum namun sukar untuk di luahkan. Bilakah kali terakhir kita menyuarakan perasaan cinta pada keluarga kita? Malam tadi sebelum tidur? Atau semasa harijadi tahun lepas?


Wahai sahabat-sahabatku... Luahkanlah perasaan cinta kalian pada mereka yang benar-benar kalian sayang. Usah tunggu sampai orang yg kita sayang dah tiada baru nak meluahkan cinta.


Saya teringin menulis lagi namun tiba-tiba hilang kata-kata.


Cinta... Ya Allah... padaMU aku bermohon, padaMU jua aku bergantung harap.

Ahad, 26 September 2010

Kahwin.... Kenapa?




Soalan: Kenapa awak berkahwin? 



a. fitrah manusia itu berpasang-pasangan.
b. ikut sunnah.
c. perkahwinan itu ibadah.
d. kerana cinta.

(Soalan ini tidak di tanya semasa peperiksaan UPSR baru2 ini.)

Sejak kebelakangan ini saya sering di tanyakan tentang perkahwinan. BIla? Bila? Bila? Jawapan saya: Itu semua sudah di takdirkan Allah. Saya cuma harapkan yg terbaik untuk saya. 

Beberapa lamaran sudah saya terima. Nyata mereka semua memang lelaki yg baik namun mereka bukan untuk saya. Jenuh sudah saudara mara dan sahabat handai menasihati saya agar lebih terbuka dalam memilih dan menerima seorang lelaki yang ingin di jadikan suami. Rata-rata mereka menyatakan bahawa penting untuk saya punya seorang suami. Cerita tentang ibadah, tentang ganjaran pahala seorang isteri, tentang fitnah segalanya di sogokkan pada saya. Jawapan saya: Itu semua sudah di takdirkan Allah. Saya cuma harapkan yg terbaik untuk saya.

Tidak dinafikan. Saya inginkan ganjaran pahala seorang isteri, saya juga ingin mengelakkan diri dari fitnah. Saya ingin kan semua itu dan lebih lagi! 

Mak menasihati saya, perkahwinan itu bukan cerita dogeng yang setiap masa indah. Saya mengerti tentang itu. Malah kehidupan kita juga tak lari dari ujian. "Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, kami beriman kepada Allah, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah." Al-Ankabut: 2-3.

Makcik, pakcik, tok nenek, pak menakan, mak menakan, tok menakan... Semuanya menasihati, tak terkecuali juga menimbulkan spekulasi. Ya Allah.. permudahkan urusan ku.

Semua yg kukasihi, terima kasih kerana sangat ambil berat. Saya bersyukur kerana di sayangi ramai orang tapi perihal perkahwinan ini di luar jangkauan saya. Saya tak boleh menerima lelaki yang tidak boleh saya sayang sebagai seorang suami.


Maka jawapan saya untuk soalan di awal post ini:


e. Semua di atas (dan lebih lagi).

Jumaat, 17 September 2010

Anak-anak,Ibu bapa dan atok nenek akhir zaman.

Hari ini 8 Syawal, suasana perayaan masih dapat dirasai. Kelmarin dulu kami sekeluarga pergi berziarah ke rumah saudara mara di sekitar KL bagi memenuhi undangan rumah terbuka. Setibanya kami di sebuah rumah, kelihatan 4 orang kanak-kanak pra remaja ("KKPR") berpakaian moden dan agak seksi duduk-duduk di hadapan rumah tersebut. Keletah mereka ini sangat mencuri pandangan saya, Saya menjangkakan umur mereka sekitar 15 atau 16 tahun namun cara mereka berpakaiaan menunjukkan mereka ingin sangat segera dewasa. Saya asyik terfikir adakah ibu bapa mereka ini ambil tahu tentang pakaiaan anak2 ini.

Setelah bersalaman dgn tuan rumah serta bertanyakan khabar maka saya segera ke bahagian depan dan  mengambil tempat duduk berhampiran KKPR ini tadi. Lantas saya pun memulakan bicara:

Nour: Assalamualaikum... adik2 ni datang dgn sape?
Wakil KKPR: Datang dgn kawan2.
Nour: Oh... Semua ni sebaya ke? Umur berapa?
Wakil KKPR: 13 tahun.
Nour: ??? 13 tahun ??? (sambil senyum).

Rupanya mereka ini masih anak2 kecil lagi. Aduh, perit sungguh hati saya melihatkan generasi selepas saya ini. Saya ambil peluang bersembang2 dengan mereka. Berdasarkan cerita mereka, mereka ini datang berpasang-pasangan. 

Seusai berbicara dgn mereka saya kembali ke dalam rumah. Saya pandang muka anak saudara saya yg berumur 1 tahun lebih. Ya Allah, selamatkanlah dia dari tipu daya syaitan, peliharalah dia dari terlibat dgn perkara mungkar. Satu perasaan gerun menjalar dalam hati saya. Apakah peranan ibu bapa? dan kalau ibu bapa tidak memainkan peranan, apakah tanggungjawab datuk dan nenek?

Saya teringat satu kisah tentang seorang lelaki yg menceritakan keburukan anaknya kepada Umar al-Khattab r.a. Lantas Umar al-Khattab memanggil anak tersebut dan menasihatinya. Setelah itu anak tersebut bertanya kepada Umar perihal hak anak keatas ibubapanya. Lalu Umar al Khatab menyatakan bahawa hak anak-anak ialah:
"Hendaklah si bapa memilih ibu yang solehah, memberi nama yang baik untuk anaknya dan mengajarnya Al-Quran."  Menurut si anak, si ayah tidak pernah membuat satu pun dari 3 perkara itu. Si ayah memilih isteri yang merupakan hamba kepada seorang Majusi, anak tadi di beri nama Ja'lun dan dia tidak pernah dia ajar membaca Al-Quran. Maka Umar al-Khattab pun berkata kpd si ayah " Kamu datang mengadukan kederhakaan anakmu, kamu yang menderhakainya sebelum dia menderhakai kamu." 

Berdasarkan cerita diatas, maka dapatlah dilihat bahawa tugas sebagai ibubapa ini bukan hadir tatkala anak2 telah lahir namun bermula seawal memilih calon isteri lagi. Kenyataan ini membuahkan persoalan di fikiran saya. Adakah kita bersedia untuk menjadi ibubapa yang menjaga hak anak2nya? 


Jumaat...

Alhamdulillah... Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW, dengan rahmatNya tergerak hati nak memulakan blog pertama. Mudah-mudahan pengisiannya dapat bagi manfaat dan mudah-mudahan dengan amal ini harapannya agar dapat jadi bekalan bila dah mati nanti.


Secara ringkasnya blog ini akan jadi peringatan kepada diri sendiri di samping berkongsi dgn sahabat2 yg sudi membaca agar sama-sama kita dapat pengajaran dari sesuatu peristiwa itu. 


Mohon pada Allah semoga di tetapkan iman dan di pelihara dari fitnah dunia serta azab kubur.


Salam,
~nour~