Sabtu, 20 Mei 2017

Mencari

Kau carilah di ceruk mana sekali pun, kau takkan jumpa. Ia tersimpan di tempat paling rahsia, dekat dengan pembuluh darah, boleh nampak dari hati.

Hari in kau nampak dia tersenyum, tapi sebenarnya dia menangis. Semalamnya pun sama, dia terlihat gembira tapi dibawah kulit itu warna kesedihan.

Kau carilah di ceruk mana sekali pun, sampai mati kau takkan jumpa.

Rabu, 10 Mei 2017

I'm back

Alhamdulillah, life is good. More responsibility but I still can manage. What is not good about having more responsibility, right? 

Lets see, what happened for the past 1 year? 

1. I gain a bit weight. 
2. Drank a lot more lattes (hence the weight).
3. Meet a lot of people and make a lot of friends. 
4. Travel more.
5. Experienced new things in life. 
6. Kept more secrets. 
7. Still love that only person. 
8. I bought more than 1 pair of shoes for myself.
9. I bought a lot of other things for myself as well. 
10. I bought a car for my mum last year (that was the highlight of mylife).

Well. That's all for now. 




Isnin, 8 Februari 2016

The poor mite is mute

It's been a while since I wrote anything in here.

I've been busy and I have nothing to say about anything. It's like my mind has turn its volume down. I still have a colourful life but its getting quite. Age factor, I supposed. Not that I'm complaining about it.


Selasa, 1 Disember 2015

Kuching aku datang...

Saya menulis semasa sedang menunggu penerbangan ke Kuching. 

Hei Nour, bersyukurlah atas kesempatan dan peluang yang Allah berikan.

Saya selalu berdoa agar Allah tetapkan hati saya untuk fokus pada hala tuju. Objektif untuk jadi manusia yang baik dan berbakti kepada keluarga, agama, nusa dan bangsa.

Ditakdirkan sampai ajal saya, semoga amal saya jadi bekalan dalam kubur nanti. Takpe orang tak ingat atau tak kenal. Yang penting Allah kenal.

Ada orang hidup untuk cari kebahagiaan diri, ada orang hidup untuk cari kekayaan. Ada orang hidup untuk bahagiakan orang lain. Ada orang hidup kerana cinta dan kasih sayang. Saya hidup kerana kehidupan selepas mati. Semuanya untuk kehidupan yang lebih kekal.

Siapa kata dunia ini tempat bersenang lenang?

Khamis, 15 Oktober 2015

Mesej memalukan diri sendiri.

Kenapalah aku pergi tulis macam tu.

Kan dah malu sendiri. Lepas tu rasa tak tau nak letak muka kat mana. 

Adoi. Sila ketuk ketampi 6.5 kali. 

Ini bukan kali pertama aku membodohkan diri. Dah banyak kali dah. Entah bila nak bertaubat tak tau.

Ini untuk bulan Oktober

Antara perkara yang selalu bermain dalam fikiran aku setiap hari ialah mati. Sebab tu aku tak teruja nak beli rumah, aku tak beria menyimpan duit sangat. Aku rasa kalau aku beli rumah buat apa? Tak lama lagi dah nak meninggal, lagi pun rumah sekarang ni pun dah cukup.

Ya Allah... Gerunnya bila fikir pasal mati. Selalu sangat dengar tentang siksa kubur. Semoga Allah matikan aku dalam iman. Semoga Allah pelihara keluarga dan orang2 yang aku sayang. Semoga bila sampai masa kami pergi, kami akan dipertemukan semula di akhirat nanti. 

Isnin, 5 Oktober 2015

Nukilan September di bulan Oktober

Alhamdulillah... jadi orang perempuan ni, antara kelebihan dan cabarannya ialah mood swing setiap bulan. 

Ditakdirkan hari ini aku mood berayun sedikit maka sesuailah aku merapu di blog ini. 

Bulan September tak sempat nak menulis kerana sibuk dengan tanggungjawab. Walaupun aku ni solo tapi aku tidaklah kerjanya hanya baring2 di katil termenung sambil pintal2 rambut. Ya Allah... Jauh sekali dapat berangan2 sambil dengar lagu jiwang2 macam gadis2 selalu buat. 

Aku ini terkejar kesana kemari buat itu ini, meskipun begitu aku cuba untuk tidak merungut sebab memang ini yang aku mohon pada Allah. Sebenarnya aku sering berdoa agar Allah beri peluang untuk aku manfaatkan setiap saat hidup aku ini, jangan sekali2 aku dibiarkan membuang masa dengan perkara sia2 dan tidak bermanfaat. Asal ceritanya begini...

Memandangkan aku bukanlah muda sangat maka ramailah yang ambil berat akan status aku. Selalunya aku okay je melayan soalan2 ni sebab bagi aku memang fitrah manusia suka ambil berat. Aku pun suka jugak tanya benda2 yang nampak asing di mata aku. Sehinggalah pada suatu hari, beberapa tahun lepas. Seorang makcik ni berkata2.

Untunglah awak Nour, jadi bujang ni tak banyak tanggungjawab. Kerja pun takat sara diri sendiri. Lepas tu balik kerja boleh relax2 tak payah layan suami dan anak2.

Aku tau makcik itu berniat baik, aku pun tidaklah berkecil hati dengan dia kerana dia cuba untuk melihat sisi positif kehidupan single aku ni pada kaca mata dia. Tapi aku tidak boleh terima anggapan dia tentang orang yang single itu tidak punya tanggungjawab. 

Sejak hari itu aku berdoa dan berusaha agar setiap hari aku di isi dengan aktiviti yang berfaedah. Oleh yang demikian, disaat ini meskipun aku rasa penat tetapi aku bersyukur kerana aku tidak pernah rasa "takde kerja nak buat". 

Aku percaya kita hidup di dunia ini ada misi dan visi. Allah tak letak kita di dunia ini tanpa sebab, walaupun kita belum berkahwin dan berkeluarga. Kita semua khalifah, tidak kira tua muda, kecik besar, ada suami dan tiada suami. Masakan seorang khalifah itu hidupnya hanya bersenang lenang goyang kaki.

Kau khalifah, ayuh bangkit!