Selasa, 1 Disember 2015

Kuching aku datang...

Saya menulis semasa sedang menunggu penerbangan ke Kuching. 

Hei Nour, bersyukurlah atas kesempatan dan peluang yang Allah berikan.

Saya selalu berdoa agar Allah tetapkan hati saya untuk fokus pada hala tuju. Objektif untuk jadi manusia yang baik dan berbakti kepada keluarga, agama, nusa dan bangsa.

Ditakdirkan sampai ajal saya, semoga amal saya jadi bekalan dalam kubur nanti. Takpe orang tak ingat atau tak kenal. Yang penting Allah kenal.

Ada orang hidup untuk cari kebahagiaan diri, ada orang hidup untuk cari kekayaan. Ada orang hidup untuk bahagiakan orang lain. Ada orang hidup kerana cinta dan kasih sayang. Saya hidup kerana kehidupan selepas mati. Semuanya untuk kehidupan yang lebih kekal.

Siapa kata dunia ini tempat bersenang lenang?