Isnin, 27 Julai 2015

33 adalah seksi yang terkini

Alhamdulillah...

Julai tahun ini saya menyambut hari lahir yang ke 33 tahun. 

Menariknya tahun ini saya rasa lebih memahami diri sendiri. Apa yang saya nak dan apa yang saya tak nak. 

Kalau saya fikir dalam2 apa yang saya nak dalam hidup ini yang paling utama selain keredhaan Allah ialah kesihatan yang baik. 

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Alhamdulillah untuk nikmat keluarga dan sahabat handai. Alhamdulillah untuk kehidupan yang boleh dikongsi dengan ramai orang. Alhamdulillah untuk kasih sayang yang tak bertepi. Alhamdulillah untuk seriap harapan yang masih ada.