Sabtu, 7 Jun 2014

Gula-gula cinta, makan sikit-sikit

Aku suka lihat orang jatuh cinta. Jatuh cinta itu sakit bukan kerana luka jatuh, tapi sakit ditimpa perasaan. Sikap berubah-ubah ikut perasaan yang datang silih berganti. Sekejap gembira sekejap sedih. Sekejap lapar sekejap kenyang.

Setiap orang bermula dengan cinta. Ibu dan ayah bercinta lalu berkahwin atau berkahwin lalu bercinta, natijahnya lahirlah kita.

Bila mula-mula jatuh cinta, fikiranmu akan berdolak dalih. Perasaan dan fikiran saling tidak sependapat. Ini kerana hati merasakan satu perasaan yang tidak dapat ditafsir hingga fikiranmu tidak keruan. Di tambah lagi dengan rasa rindu yang tak henti-henti menjengah. Hmmm... Masa itulah akan bermula sindrom senyum sorang-sorang.

Nak menulis lagi... tapi mengantuk pula. InsyaAllah sambung esok.


Khamis, 5 Jun 2014

Sayang jika tidak diluah sayang

Aku tidak boleh tidur. Jalan sana sini, ambil wudhuk, buat apa yang patut... Masih cerah biji mata (bak kata orang dulu) Aku buka computer dan cuba buat kerja sikit-sikit. Tak menjadi.

Akhirnya aku sampai ke sini. Mencuba nasib, mana tau ada ilham mencurah2.

Tadi seorang sahabat berkongsi rasa tentang ungkapan "love" atau "sayang". Katanya ungkapan itu hanya dilafazkan bila dia benar-benar rasa dengan perasaan yang benar dan pada masa yang sesuai.

Aku setuju. Betul juga. Harga ungkapan tidak sekadar di bibir. Harus ada perasaan dan kesungguhan.

Perbincangan itu membawa ingatan aku ke zaman aku masih belum pandai berkongsi perasaan.

Kali pertama aku cuba mengungkapkan rasa sayang bila mana almarhum ayah kata dia sayangkan aku. Bibir aku bergerak2 namun sayangnya kata2 itu hanya sampai di kerongkong. Aku tidak mempu bersuara. Sehingga hari ini, aku masih ingat bagaimana lebamnya perasaan aku dikala itu. Apakah malangnya nak sebut sayang pun teragak2. 

Setelah almarhum ayah meninggal. Aku cuba sedikit2 untuk meluahkan perasaan dengan saluran yang ada. Aku mula dengan sajak. Pejam mata dan tulis apa saja. Mula2 memang lucu sebab walaupun aku ada kemahiran menulis tapi aku tidak jujur. Masih ada tapisan2 perasaan.

Namun... Setelah K hadir. Dia mengajar aku jadi penyajak terhebat. Ewahhh... malulah nak sambung. Sekian.