Jumaat, 25 November 2011

Tulisan dari hati

Suatu ketika dulu, lebih kurang 12 tahun yang lepas. saya amat aktif menulis sajak dan cerpen. Karya-karya Keris Mas merupakan pilihan saya buat rujukan. Sebelum menulis, saya cuba renung diri dalam-dalam agar setiap perkataan yang di tulis benar-benar jujur dan berkesan dihati tatkala membacanya. Hasilnya terciptalah beberapa cerpen yang saya rasakan amat jujur penceritaannya.

Bagi saya yang menulis untuk bacaan sendiri ini, bukan mudah untuk menulis kata-kata yang jujur dan senada dengan apa yang bergema di hati. Saya mencuba sungguh-sungguh agar maksud dari hati itu dapat di interpretasi ke layar kertas. 

Tahun demi tahun, saya makin sibuk dan terikat dengan tugasan. Jarang ada masa menulis dan berlaku jujur dalam bekarya. Maka hati saya sudah lama tidak berkata2 seiring dengan jari menaip.Justeru, pada hari yang bersejarah ini saya ingin mencuba. Kali ini saya akan menulis dari hati, tiada tapisan... hanya kebenaran.

Memandangkan saya sudah lama tidak meneroka jauh untuk mendengar kata-kata hati maka perlu untuk saya membuat latihan penulisan dulu. Ayuh kita sediakan beberapa tajuk dan cuba sampaikan dengan sehabis jujur.

Tajuk 1: Sakit

Kesakitan di jari telunjuk tangan kiri saya ini sentiasa ada meskipun sakitnya datang dan pergi mengikut aktiviti yang dilakukan. Adakalanya kesakitan itu mencetus rasa lenguh hingga ke lengan...hmm... atau mungkin lenguh-lenguh ini merupakan bekas jarum yang dicucuk doktor. Tambah menyakitkan jika saya melihat kecederaan nya. Merah darah dan daging itu tambah buat kesakitan tertanam di fikiran.


Tajuk 2: Rindu

Jauh di lubuk hati rasa rindu itu keluar perlahan-lahan menberi perutusan agar fikiran mengingati dan sentiasa terkenang akan dia. Tatkala itu walau betapa upaya kita mencuba menghalau rindu itu namun dia tetap datang. Tenyata rindu ini merupakan satu penyiksaan yang mengasyikkan.

Itu saja...

Selasa, 22 November 2011

Rasa yang paling dalam

Hari demi hari aku makin hampir ke saat itu... Semoga Allah permudahkan urusanku. Apa jua ketetapanMU sesungguhnya aku redha. 

Banyak yang telah berlaku sejak beberapa bulan ini. Segalanya di luar perancangan ku dan sedikit pun tidak aku sesali. Mana mungkin setiap yang berlaku itu sesuatu yang sia-sia. Maha suci Allah yang sempurna dari sifat-sifat makhluk.  

Adakalanya sesuatu itu lebih baik dibiarkan tidak terucap... Sekali pun jelas terbias untuk difahami...