Aku menangis tak henti-henti sambil memegang makanannya... Sambil merayu-rayu agar dia membenarkan aku menyentuhnya. Aku juga ingin meminta maaf atas ketidak sengajaanku megkasarinya. Aku sungguh-sungguh menyesal dengan dengan apa yang berlaku.
15 minit sebelumnya....
Di tempat letak kereta di sebuah pangsapuri di tengah bandaraya.
Aku sudah bersedia dengan gear 1. Lalu aku tekan minyak. Tiba-tiba... Dum! Bunyi seolah-olah aku melanggar sesuatu. Sahabat ku menjerit. "Nour! Kau langgar kucing".
Apa??? Aku panik...Aku pun segera menyuruh kawan ku naik ke kereta lantas segera berlalu dari situ. Dalam perjalanan aku menangis kerana rasa bersalah. Tiba-tiba kawanku bersuara. "Nour seharusnya kita bawa kucing tu ke hospital". Sambil dalam deraian air mata aku menjerit. "Tapi Zilah... Aku takut... aku tak sanggup dengar kucing tu menjerit-jerit kesakitan". Kawan aku seolah tidak puas hati dengan jawapan ku lantas dia berkata. "Sekurang-kurangnya kita buat sesuatu untuk kucing tu".
Tanpa berlengah lagi, aku pun memecut kembali ke tempat kejadian. Sampai sahaja aku dia sana kucing tu sudah tiada... Dia lari... Kami mencarinya akhirnya jumpa di bawah kereta berhampiran tempat dia di langgar. Zilah cuba menghampirinya namun dia menyeringai seolah2 mahu menerkam Zilah. Aku bagi cadangan untuk beli makanan kucing bagi memujuknya. Kami berdua tak putus asa berusaha agar dia mengikut kami untuk di bawa ke hospital.
Hampir 20 minit kami cuba memujuknya namun dia berdegil. Aku sungguh sedih lantas tanpa menghiraukan orang sekeliling aku merayu-rayu dia agar membenarkan kami membantunya.
Malangnya kucing tu degil. Tak mau dengar cakap.
Sudah 6 hari sejak peristiwa itu. Aku sudah tidak ketemu dia lagi. Namun tiada juga tanda-tanda dia dah mati. Aku masih optimistik bahawa dia masih hidup. Mungkin tak mampu nak panjat tangga kerana kakinya masih sakit. Atau mungkin dia diubati oleh sesiapa yang menjumpainya.
Tolonglah kucing... Tolonglah bersemangat untuk hidup. Saya berjanji akan akan jaga makan minum awak sekiranya awak kembali. Ini janji saya kucing. Allah jadi saksi.