Isnin, 7 Februari 2011

Sentuhan fizikal = Nilai kasih sayang

Tahun 2011 telah sebulan berlalu. Usia bertambah... bukan tua yang menanti dihujung usia tetapi MATI. Ya, setiap saat berlalu menandakan kita makin hampir ke arah kematian. Sedia atau tidak itulah destinasi setiap yang bernyawa. Tidakkah janji Allah tentang kematian itu tidak cukup untuk membuatkan seseorang itu gerun tatkala mengenang dosa-dosa yang dilakukan?

Aduhai jiwa yang berdosa, kembalilah ke jalan kebenaran. Jalan yang lurus bersama orang-orang yang Allah berikan nikmat. Tiada yang menafikan bahawa manusia pasti akan berdosa namun kita ada pilihan unutk berhenti dari terus berdosa kerana pintu taubat itu sering terbuka untuk hamba-hambanyaNya selagi hayat masih ada. 

Dosa? Dosa apa?

Zina. Ya Zina. Contoh terbaik dosa yang paling popular bagi umat akhir zaman ini. Mereka yang terdedah dengan virus zina ini tidak terhad pada pasangan bercinta sahaja meski pun golongan ini adalah kumpulan terbesar yang mengambil bahagiaan dalam gejala maksiat ini. 

Kita selalu dengar sepotong ayat yang sering di laung-laungkan hatta budak darjah satu pun sudah kenal akan ayat 32 dari Surah Al-Isra' ini:  "Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk". Akan tetapi amat menyadihkan apabila tidak ramai yang benar-benar berpegang pada pengertian jangan dekati zina.

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita bahawa seseorang yang rapat dengan saya telah dijangkiti virus ini. Dikhabarkan gadis A (bukan nama sebenar) mengambil keputusan menyerahkan jjiwa dan raganya kepada lelaki B (juga bukan nama sebenar) gara-gara cinta yang terlalu menebal dan kepercayaan yang tidak berbelah bagi pada lelaki B. Alangkah syaitannya lelaki B kerana turut mendorong gadis A untuk membiarkan dirinya disentuh sebelum akad. 

Lebih durjana lagi si lelaki B ini juga telah sanggup meminta gambar aksi ghairah gadis A untuk ditatap pada waktu senggang. Si bodoh gadis A pun menghantar gambarnya yang terdedah aurat kepada lelaki B tanpa memikirkan implikasinya pada diri sendiri. Aduhai, tidakkah gadis A tahu bahawa nilai kasih sayang itu melebihi sentuhan fizikal? Tidakkah gadis A tahu sudah berapa kali drama yang sama telah di ulang tayang?. 

Drama 1.

Saat bercinta semuanya indah. X sayang Y. Y sayang X.  X berzina dengan Y (sambil ambil gambar/video). Kemudian berpisah... Akhirnya video XY boleh didapati secara percuma di www.***.com)

Drama 2

Saat bercinta semuanya indah. V sayang W. W sayang V.  V berzina dengan W (sambil ambil gambar/video). Kemudian berpisah... Akhirnya video VW boleh didapati secara percuma di www.***.com)

Samakan ceritanya? Watak sahaja yang berlainan. 
Jadi, apa yang harus kita buat?

Ayuh kita bincang solusinya.

1. Setiap anak perlu dididik bukan sahaja untuk jadi anak yang taat tetapi HAMBA yang taat juga. Adakalanya ibu bapa tidak boleh memantau anak2 pada setiap masa tapi Allah Maha Melihat. Ibu bapa tidak nampak tapi Allah nampak. 

2. Didik anak-anak agar tidak tunduk pada tekanan rakan sebaya. Tanamkan dalam diri anak-anak bahawa tidak apa tiada teman lelaki/wanita pada usia persekolahan dan tidak matang. Bila sudah sampai masanya,jangan tangguh-tangguh untuk kahwinkan mereka.

3. Setiap anak-anak baik lelaki atau perempuan harus tahu tanggung jawab pada diri masing-masing dan juga pada orang lain. 

4. Bicara tentang hubungan perasaan/fizikal antara lelaki dan perempuan. Biar anak-anak dapat informasi yang tepat dari ibubapa dan bukan rakan sebaya.

5. Ajar anak-anak untuk berkata TIDAK dan menolak sebarang ajakan untuk melakukan perkara maksiat.

6. Jika anak-anak tanya tentang seks, jangan marah tetapi jawab dengan tenang. Didik mereka dan jangan takutkan mereka.

7. Jujurlah dengan anak-anak kerana mereka juga manusia meskipun berusia muda dan bersaiz kecil.


8. Bagi yang telah terlanjur itu bertaubatlah. Kekalkanlah rasa dosa itu dalam hati. Semoga dengan ingatan kita pada dosa itu kita akan menjauhinya. 


Buat gadis A. Pulanglah ke jalan yang benar. Tinggalkan kisah silammu dan jadilah muslimah yang taat. Kami semua sayangkan kamu dan tiada siapa yang akan menghukum kamu atas kealpaan kamu dahulu.